Thursday, December 29, 2011

Lama Tak Update....Ada ke reader blog akak ni?


Lama dah tak masuk blog. Actually macam2 dah berlaku pada hidup akak since my last posting. Ada a few incident yg really touching my heart. Let me share one of it ya..

Should I tell you or not? Cam personal lah pulak kan. Entahlah..cuma lately ni akak rasa bahagia dgn segala nikmat Allah swt yg diberikan pada akak sefamily. Apa yg akak akutkan selama ni akhirnye telah pun pasti dan semuanye berjalan lancar. Perkara ni menghantui hidup akak selama 10 tahun yg lepas. Hati akak setiasa berdebar2 bila membicarakan perkara ini dgn hubby tapi alhamdulillah…semuanye telah jelas & berjalan lancar. Ini nikmat yg tertinggi yg dikurniakan oleh Allah swt kepada akak.

Ke-2 
Macamane dgn sekolah cuti? Banyak berjalan ke? Akak adalah ambil cuti few days balik kampung ziarah ayah di sana. Akak juga ada ambil tour ke Indonesia selama 4 H 3 M. Seronok juga Cuma badan penat dan RM Rupiah melayang-layang aje. Alhamdulillah, percutian yg seronok dan menghiburkan w/pun penat bangat. Banyak nak story about tour in Indon ni tapi nantilah.

Ke-3
Sejak kena sabotaj dgn kawan seopis akak dulu awal Nov, smpi now akak tak bercakap dengan 2 org mangkok hayung tu. Nak pandang muka depa pun buat akak nak muntah darah. Harap muka aje cantik tapi dlm body tu ada hati yg amat BUSUK. Bukan sebangsa & segama dgn akak. Inilah sejahat2 makhluk di muka bumi yg pernah akak jumpa. Hati akak masih marah & 2 makhluk tu pun tahu akak marah depa tapi boleh pulak buat muka selamba aje, tak ada langsung nak mintak maaf. Memang dasar ^%@*&^*. Apa yg terjadi, akak masih boleh keja kat situ because jawatan akak lebih tinggi dari depa tu Cuma depa tu bukan bawah akak. Senang cakap akak ada power dlm company Cuma atas dasar professionalism, akak tak panjangkan perkara ni ke BOD. Setiap hari melihat muka 2 makhluk ni, hati akak berdoa agar Allah swt turunkan bala kepada mereka & family mereka dgn bala yg dasyat. Akak ada hati & perasaan & akak tak rasa akak jahat sebab doakan mereka cam tu. 

Ke-4
Suami kepada sepupu akak tetiba aje di sahkan ada ketumbuhan dlm otak. Terkedu kejap akak bile dpt news ni. Kesiah pada sepupu akak, suaminye & keluarganye. Itulah kan, iman kena kuat, bila Allah swt kata jadi, maka JADILAH IA tanpa boleh di bantah oleh sesiapa pun. Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yg memikulnye. Akak ada sedekah duit sikit pada my cousin masa ziarah hubby die kat hospital. Ada lime perkara yg kita sebagai hambaNYA kena ingat sebelum datang lagi lima perkara iaitu

Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Doa akak agar di permudahkan segala urusan hidup mereka sekeluarga.

Ke-5
Masa balik raya hari tu, terbuka cerita yg suami kepad my other cousin kahwin lain. Dah hampir empat tahun kahwin dgn cikgu sekolah. My cousin pun cikgu sekolah juga. My cousin ni dah ada cucu dah. News ni really surprise us because as we know her hubby ni is such a good guy. Rasanye marriage depa ni dah lebih 2o years, agaknye dlm 26 years. Dlm usia cam ni pun hubby boleh buat hal lagi ya. Tak fahamlah akak. From my observation, marriage depa ni happy, ada rumah, ada kereta, hidup senang, anak2 semua dah berjaya tup2 hubby kahwin lain. Entahlah. Sebenarnye banyak rahsia setiap kejadian yg berlaku yg kita tak tahu. Allah swt jua yg mengaturnye. Kita nampak yg luar aje tapi yg dalaman kita tak nampak atau terlepas pandang. Simpati sungguh akak dgn my cousin tu.

Ke-6
Alhamdulillah, rumah yg akak baru beli & sedang dlm construction, semuanye berjalan lancar. Portion akak semua akak dah bayar. Now tinggal Bank utk start release next month. From rumah contoh, furnishing nye semula cantik2 & berkualiti. Mahal harga rumah now a days. If tak ada gaji dlam 6 ribu ke atas, jangan haraplah nak beli rumah. Rumah teres intermediate kat area bangi pun depa jual dlm 600 ribu ke atas. If ambil loan 90 %, busuk2 monthly repayment dekat2 3 ribu tau!!, just utk bayar rumah aje. Akak rasa kan kita ni dlam zama inflasi lah. Duit ringgit cam x de harga. Esok2 harga telur sebiji kat pasar pun jadi satu ringgit. Now grade A pun dah cecah 50 sen kan. Alamak! Kluar topik ceta pasal telur lak. Sambung balik pasal rumah. Rumah akak ni siap tahun 2013. Akak tak pasti lagi nak duduk atau nak sewa. Mungkin akak nak jadikan homestay aje utk akak dan sedara-mara akak. Basic perabut akak letaklah cam lampu, curtain, grail, air-con, tilam. Cabinet akak buat yg attached aje. Sediakan aje duit dlm 100k utk semua benda2 tu.

Ke-7
Masa raya haji hari tu, for the first time ever, family belah hubby akak berkumpul except for one anak lelaki yg duduk jauh. Semuanye ada. Barulah nampak rupa masing2. Tak berapa happening cos’ tapi bolehlah sebab kumpul bukan rumah mak tapi kat rumah salah seorang anaknye. Agak canggung lah sikit. Kami pun ada buat korban. So, banyaklah daging utk di makan bersama-sama. Kira bolehlah. Yg pasti akak  lihat muka hubby akak happy gile. Yalah selama ni asyik dgn family sebelah akak aje. Akak tak kisah. Janji sebagai isteri akak ikut cakap suami. If suami ajak balik rumah parents dia akak ikut aje tapi the true is jarang hubby nak balik sana. Dia ada alasannye tersendiri why dia jarang nak balik rumah parents die. Akak tak mahu masuk campur banyak2. Yg penting akak halang pun tak menyuruh pun tak. Ikut die lah. Tapi family akak smeuanye happening bile jumpa. Sebenarnye, if kita nak family members kita rapat bile besar, dari kecil2 kita dah bawak anak2 jalan ke rumah sedara-mara jumpa & berkenalan. Amalkan sampailah anak2 besar. Nanti bila parents dah tak ada, anak2 boleh jalan sendiri ke rumah mak2 sedara or cousin, barulah hubungan kekeluargaan tu rapat & mesra. If jumpa sekali dlm tempoh 5 tahun, mana nak rapat. Dlma hati tahulah itu mak sedara aku or sepupu aku, tapi kemesraan itu x ada. Zero. Sapa yg nak di salahkan? If akak, salahkan parents yg masa anak2 kecil dulu tak diserapkan nilai2 kekeluargaan pada anak2. Inilah yg jadi pada family hubby akak. W/bgm/pun, hubby akak baik. Part2 family dia, akak pandang sipi aje. Janji hubby akak loving & sayang akak dunia akhirat.

Itulah saja buat masa ni. Nanti ada masa, akak nak share azam tahun baru akak pada semua. Semoga berbahagia selalu & smile always.





Friday, October 21, 2011

Kenapa mak tak sayang anak, menantu, cucu?

Susah sangat ke nak memahami hati orang tua? Atau  ada tindakan mereka sewaktu muda yang tidak disenangi oleh anak. Hal2 semacam ni hanya anak2 saja yg dapat memberikan jawapannya. Orang luar hanya boleh menasihat dan memberi pendapat.

Namun begitu, saya bersimpati dengan mak-mak sebegini. Ada satu kes. Masa muda, mak ni sibuk jual kuih, cari duit. Hal2 rumahtangga, mak tidak berapa ambil pusing. Semua bapak yg urus seperti sapu lantai, basuh baju, mandikan anak yg kecil, iron baju dsb. Anak2 ada 6 orang. Bila anak dah dewasa, masing2 ada kerjaya dan hidup senang. Rumah hanya tinggal mak dan bapak. Tetapi mak masih berjualan, buat kuih. Tak berapa kisah dgn anak, menatu cucu yg pulang menziarah. From the body language, mak tak suka anak2 pulang, cam menyusahkan dia aje. Nak masak utk mereka. Mak tak boleh nak buat kuih berjualan. Entahlah, mak cam ni pun ada dalam dunia.

Inilah dikatakan manusia. Allah dah kurniakan dia rezeki anak ramai dan anak berjaya, tapi dia sebagai mak tak berapa suka. Anggap mereka ni menyusahkan hidup mak.
Yang tak ada anak pula mengharapkan Allah kurniakan anak yang ramai. Yang tak ada mak pula berharap ada mak yang baik dan menyanyangi anak2.

Semua ni Allah dah atur dalam hidup seseorang. Allah maha mengetahui apa yang terbaik pada hamba-hambanya. Allah takkan beri ujian kepada hambanya selainkan Allah tahu bahawa hambanya itu akan menlalui ujian yang diberikan dengan redha dan jalan sabar.

Cukuplah sekadar renungan.

Exam Week

Sepanjang minggu ni anak saya penuh aktiviti dia dgn exam. Pagi di sek kebangsaan, manakala petang di sek agama. Kenapa ya, anak2 exam tapi makayah yang susah hati? Anak relex aje. Agaknya dasar pendidikan negara kita yang terlalu mementingkan kecemerlangan akademik daripada yang lain.

Pada saya, if anak dapat sederhana aje dlm akademik pun tak apa asalkan ilmu agama dia kuat. Tapi kan, some parents did not sent their children to sekolah agama waktu petang kerana kesian kat anak, nanti dia penat. Kerajaan pun tak wajibkan sekolah agama. Inilah silapnya. Haaaa…saya dah melalut. Nanti saya buka topic pasal sekolah agama pulak.

Yg ni saya nak story pasal exam. Tak dinafikan yg exam ni penting untuk penilaian murid-murid. Tapi kejayaan dan kebahagiaan hidup bukan terletak pada exam dan result yang cemerlang aje. Banyak faktor2 lain yang menyumbang kepada kejayaan seseorang.

Ada yang tak berjaya dalam pelajaran tapi berjaya dalam perniagaan. Ada yang berjaya dalam pelajaran, study sampai luar negeri tapi bila balik kerja biasa-biasa aje. Semua ini bergantung pada bimbingan dan apa matlamat hidup yang kita mahu. Tak dapat result good dlm exam tak bermakna yang murid tu tak berjaya kan…?

So, janganlah di dera anak-anak kita terutama yg sekolah rendah, dibawah 12 tahun. Biaq depa enjoy their life sebagai kanak-kanak. Dunia kanak-kanak ini tidak akan berpadah balik. No turning back!!.

Anyway, good luck to all out there yg nak exam SPM this coming Nov. & good luck to my son for the exam semesta kedua.

I always prey for your happiness dunia & akhirat.

Bersosial v Mengumpat


Topic ni agak sensetif sikit. Kenapa nak bersosial? Kenapa tak bersosial? Entahlah, I don’t have good answer on this. Some people kata no right or wrong answer.

To me, myself, I know that I m not that type of girl yg suka bersosial. In fact, nak berbual-bual kosong or org kata berbasa-basi pun tak pandai. I don’t have really close girlfriend. Apatahlagi boyfriend. Nak mampus? Nak jadi isteri curang? When taking about this issue, I notice that women when meets women, suka cakap or mengumpat pasal org. Cerita pasal org tu macam ni, kawam tu macam ni. Mungkin instinct wanita kot suka mengambil tahu. Sometimes tu termasuklah hal2 yg dalam kelambu. Pasal laki pun nak cerita. Laki baik or laki pemalas, laki kuat sembahyang, laki kedekut dan seribu satu macam lagi cerita pasal laki. Yg kawan tu mendengar aje. Tapi if dapat mengumpat cerita pasal org lagi best. Nak-nak kawan yg bermasalah, tak kiralah masalah dari segi kewangan or masalah lakibini or masalah anak2, ipar duai or apa saja lah. Seronok kot cerita pasal orang ni.

Ni termasuklah mengadu domba tentang masalah yg dia ada. Daripada org tak tahu, sampai semua org tahu. Silap2 cerita yg sedikit tu dok tokoh tambah untuk menyedapkan cerita. Yang tak ada, saja diada-adakan. Daripad mengumpat sekarang dah jadi memfitnah pulak. Best ke bercerita hal org ni? Apa yang tukang cerita dapat? Yg saya pasti ada 2 lah i.e 1. dapat dosa dan 2. dapat penat mulut aje, haaaaaaaaa…..

Nabi pun ada kata, kat neraka nanti ramai org perempuan yg kena siksa. Mungkin inilah salah satu dosa mereka nanti, mengumpat hal org dan memfitnah secara sedar atau tidak. Di samping itu, menyakitkan hati orang.

Contoh yang paling senang. Kita dah tahu yg kawan kita tu hidupnya macam kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tiba2 kita terjumpa dia, kita pun bercerita tentang beg kulit berjenama LV yang baru kita beli. Agak2 apa rasa kawan tu? Sedih tak? Kita ni nak cerita pasal beg tapi kita lupa yg dia ni hidupnya susah. Mungkin dalam hati kita yang kita tak ada niat nak berbangga dan bermegah. Tapi sensentivelah sikit tentang hal kawan tu. Bila dah sedar, cepat2 lah mintak maaf kat kawan tu sebelum dia terasa hati lagi.

Contoh lain, kawan tu tak ada anak. Lama dah kawin tapi Allah tak bagi lagi rezeki anak. Namun begitu, Allah bagi dia rezeki lain yang melimpah-ruah seperti kerjaya yang hebat, orangnya baik hati, orangnya pun cantik, suami yang baik, rumah yg besar, harta yang banyak, pendek kata hidupnya senang. Dengan rezeki tu, dia banyak bersedekah, pergi umrah haji, buat baik pada org tua, tolong adik-beradik yg susah. Kiranya tak ada yg kurang tentang dia melainkan Allah tak bagi rezeki anak aje. Tapi dia dan suami redha ambil anak angkat. Suami pun baik. Tak ada pun nak kahwin lain malah suaminya sayang sungguh kat isterinya. Bila time buzzday or anniversary beli macam2 kat isteri. Namun begiut, bila berkumpul ramai sedara-mara waktu kenduri, dia ni selalu menjadi mengsa peril or mangsa mengejek oleh saudara dan kawan2 tentang kekurangan itu. Yalah, dah tak ada apa lagi dah nak cerita yg buruk pasal dia, maka issue anak ni yag dimainkan oleh semua org yg disekeliling dia. Agak2 apa dia rasa? Happy? Tentu sedih kan? Tertanya2 kenapa org suka mengumpat pasal dia? Agak2 yg biasa  buat kerja ni lelaki ke perempuan? Sure perempuan kan. So, saya tiada jawapan kenapa perempuan2 ni bila berjumpa, bersosial, suka mengumpat or bercerita pasal orang.

Daripada nak bersosial agar dapat mengeratkan silaturahim sesama sedara dan rakan2, dapat juga dosa dgn mengumpat. If macam ni, better tak payah pergi kenduri or sebarang majlis.

Wahai orang2 yg suka mengumpat ni…..apa dia ingat hidup dia tu perfect sangat ke? Baik sangat ke? Tak sedar ke dosa mengumpat tu salah satu daripada dosa-dosa besar?

Nasihat saya pada mangsa2 umpatan orang ni, samada mangsa yg mana aib mereka dibuka di depan orang or mangsa umpatan disebabkan masalah keluarga atau apa saja, mangsa2 ni kena tanamkan dalam hati yg semua ni hanya UJIAN dari Allah. Jika kita bersabar, maka kita akan dapat pahla yang banyak. Kepada yg lebih extrreem, jangan ampunkan dosa2 mereka ni. Tunggu kat akhirat nanti di mahkamah akhirat. Mangsa2 ni akan dapat pahla dari mereka2 yg mengumpat, so dapatlah beratkan timbangan mangsa2 supaya senang sikit masuk syurga. TAPI yg paling penting kat dunia ni, kena banyak2 bersabar.

Amacam?

Inilah salah satu sebab saya tak suka bersosial. Saya takut jika saya tercakap apa2 yg menyakiti hati saudara atau rakan2 saya. Saya takut berbuat dosa pada orang. Jika saya berdosa pada Allah, senang sikit. Saya boleh minta ampun dan bertaubat sebab Allah maha pengampun dan penyayang. Tapi dosa dengan manusia macamnana? Kena jumpa org tu, terangkan dosa yang dah kita buat kat dia, kemudian pujuk dan merayu agar dia ampunkan dosa kita. Itupun jika dia nak ampunkan, if tak nak? Lumrah manusia, mana nak ampunkan, dia sumpah seranah kita adalah, melainkan org tu kuat imannya.

Biarlah orang buat jahat atau mengumpat tentang hal2 saya, hal peribadi ke, hal kerja ke atau hal2 kehidupan saya, saya tak marah. Mulut tempayan bukan boleh ditutup. Cuma cam saya cakap diatas, saya takkan ampun dosa mereka terhadap saya kerana saya nak dapat pahla free di akhirat nanti heeeeee

So, tepuk dada tanya iman !!

Sekadar renungan dan cetusan pendapat.

Wednesday, October 5, 2011

Takut DOSA

Kenapa semua orang suka menayangkan anak, rumah yg besar, suami yg hensem & baik serta kebahagian yg dimilikinya pada semua org? What’s the intention? Utk org jelous dengan your happiness? To tell that world that you’re the most luckiest human on earth?

Entahlah. This is my observation. Memang org suka tayang2 especially anak. Tapi for anak if result exam baik, if bawak anak jalan2, if anak cantik and all the good things about anak. Yg bad things? Simpan dalam2. Jangan sesiapa pun tahu. Especially kat FB. Berbangga sungguh dgn anak yg lulus periksa dgn cemerlang, anak cantik, anak baik, go holiday overseas. Lepas tu ada kekawan FB pun give comments memuji  berbagai. So berbalas2 comments lah geng2 FB ni. Kembang kuncup hidung mak nye bila anak2 dpat pujian melambong dari kekawan FB. Seantaro dunia tahu!!! Sampai anak nak ambil ezam pun cerita dalam FB. Siap berdoa lagi utk anak yg gi periksa tu. If nak doa, doa ajelah. Lepas solat or bangun tengah malam, buat solat hajat, solat tahajjut, doa banyak2 mintak dgn Allah swt. Itu pun nak cerita dalam FB ke? Tak faham sunggu aku.

Rasanya ini fitrah manusia. Suka dipuji. Berbangga dengan anak yg ramai dan berjaya. Bagaimana dengan yg tak ada anak? Atau ada anak tapi anak tak berjaya? Apa perasaan mereka ya?

Bagi saya, saya tak suka dengan hal2 sebegini. Saya tak suka bercerita tentang hal anak saya pada orang. Saya hanya share denga suami dan ahli family yg rapat aje i.e yg betul2 nak tahu perkembangan anak saya. Mulut saya ni takkan memandai2 bercerita pada kekawan FB ke, kekawan opis ke atau anybody pasal anak or family saya. Saya kunci rapat2 apa yg berlaku pada anak, pada suami dan pada my marriage to everyone. Saya kedekut cerita? Tidak. Cuma saya takut melakukan dosa. Dosa mengumpat. Dosa berbangga diri. Dosa membuka aib orang. Dan berbagai dosa2 lain yg saya sedar atau tidak.

Kadang2 bila saya dapat berita gembira atau saya berjaya dgn kerjaya saya, saya rasa nak cerita di FB tetapi saya lawan nafsu hati saya. Saya kongsi dgn suami, anak & family rapat aje. Nobody knows. Sama juga waktu saya susah. Saya simpan rapat2 juga segala problem saya dalam hati dan bincang dgn hubby. That’s it.

Terpulang pada matlamat & tujuan hidup masing2. Yg pasti, pada saya, dalam hidup ni, saya takut melakukan dosa kerana saya tak tahu samada saya ada kesempatan untuk mintak maaf atau tidak. Saya tidak mahu di akhirat nanti, saya akan ditanya oleh pencipta saya dan saya tiada jawapan. Biarlah orang kata saya kera sumbang, saya sombong, saya tak social tapi saya tahu dunia ini hanya sementara aje. Biarlah orang buat saya, jangan saya buat kat orang.

Saya banyakkan sedekah kerana saya tahu bersedekan itu dapat menghapuskan dosa.

Hingga jumpa lagi.

Thursday, September 15, 2011

Dugaan masa bulan Ramadhan 1432H / 2011

Kami di duga dengan berbagai perkara you cannot imagine. It is true when Allah said “Kun Fayakun”, jadi maka jadilah ia.

My hubby company get letter from Income Tax to pay tax for almost RM300K. Can u imagine how much money is that? This is due to their findings when audit the company for year assessment 2004 and 2005. You guys out there be careful when dealing with income tax people. Keep yr record for 7 years. Don’t thro away. As people normally don’t bother record for 7 years, this is how income tax trap you.

It is a night mare to us. Hubby no apertite to eat and during break fasting, he eat so little. Tears can see cam nak running from his eyes but he tahan2. I comfort him, give good advise, assist him to re-do all his company accounting. Discussion after discussion we did thru out the whole night for almost a week. Income tax require us to reply within 14 days from the letter date, otherwise they will take that amount final and charge us to  immediately pay or failing which they will make us bankrupt and bring this case to court.
Wah! Sound so powerful this Income Tax haaaa!!.

Finally, we set an appointment and hubby explained to them his company account with all the paper evidence.
At last, they accept our explanation but still charged us penalty for wrongly declaration of RM3k. Alhamdulillah.

This month of Ramadhan our life kalang-kabut. Maid tak ada. Nak masak lagi, buka puasa lagi. Mana nak bangun malam lagi. Solat terawikh lagi.

I have to fly to KL to attend my meting. Left my family there alone. Tension dgn work load d office. Event after break fast, I have to come back to the office to finish my work continue for a week until 9.30 pm. Can u imagine? So tired. Dgn rumah lagi, dgn kerja lagi.

Last week of Ramadhan, our maid yg lari tu balik and nak continue working with us. At first macam tak nak ambil, but after second thoughts, we decided to hire her back. Terasa releasenys shoulder dgn kerja-kerja rumah. Dapat pergi solat terakwikh dgn hubby dan anak. Buka puasa dan sahur pun OK dan teratur.

And five days before Syawal, kita dapat good news that hubby dapat another contract dgn govt, on tender that he participate months back. It was really a good news. We ended this Ramadhan with rezeki dari Allah.

When Syawal kat rumah my father, we all belanja the whole family pizza that cost us almost RM500.00 + with doa selamat.

Now, today is 17 Syawal 1432H. We continue our life as usual.
Every day we pray to Allah utk dapat ketenangan hati, dipermudahkan urusan hidup, diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, ditutup aib kami, pelihara maruah diri kami, dipermudahkan urusan kematian kami dan matikan kami dalam agama islam.

AMIN.

Sedekah/duit raya untuk kaum keluarga pada raya 2011

Sedekah/duit raya untuk kaum keluarga pada raya 2011

PAK UDA – 100
AMY – 50
MAK LANG – 50
FIZA - 50
MAK NGAH – 50
MAK LONG – 50
MAK ITAM – 50
K.TIPAH – 50
AYU – 50
PC AZIZ – 50
MC SITAM – 50
PS RAHMAN – 50
MAK TIRI – 100
TOTAL – 750

99% pada yg dah age 55 above, and 2 for cousin yg still study kat U.
This is the least I can help and make them cheer for ray celebration.
Some of them are siblings of my late mak who passed away in 2005.
Although mak dah tak ada more than 5 years, but each raya celebration, they still drop by to mak house and meet abah and all of us, as they used to do when mak still alive.
The relationship tak putus until now.

Wassalam.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Wednesday, August 3, 2011

Dugaan Hidup

Banyaknya dugaan dlm hidup ini. Rasanya tak tertanggung badan, hati, minda untuk menanggungnya.
Malang ke nasib diriku?
Apa salahku? Apa dosaku yang lalu sehingga aku diuji dengan dugaan seberat ini?
Mungkin hanya kematian yang dapat menghilangkan keresahan hati ini.
Tapi, bila mati belum tentu bahagia. Dalam kubur lagi dah kena soal oleh Mungkar Nangkir. Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang abadi.

Setiap hari, setiap detik aku cuba memujuk hati. Ada hikmat kenapa aku diuji. Mungkin Allah ingin memberi pahla kepadaku. Biarlah orang mengata. Biarlah orang memandang aku tak berguna. Biarlah orang memandang sinis kepadaku. Aku berpegang kepada Al-Quran dan Hadis. Janji Allah itu benar.

Bila mati, Allah tak tanya, berapa banyak duit kita ada, berapa besar rumah, kereta, berapa ramai anak, banyak ke saham ASB tapi yang Allah tanya tentang amalan sembahyang, puasa, zakat, haji, amalan2 baik seperti sedekah, solat sunat, buat baik pada manusia dsb.

Wahai hati, janganlah menangis lagi. Terimalah segala ujian. Reda lah! Reda lah! Reda lah! Janji Allah itu benar.

Bila dengar berita tentang sesuatu nikmat yang Allah berikan kepada hamba2 nya yang lain, maka aku tersenyum aje! Bukan rezeki aku untuk mendapat nikmat atau anugerah itu.

Biarlah! semua itu hanya nikmat dunia. Aku akan kejar untuk nikmat dan anugerah akhirat.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, matikanlah aku dalam islam, permudahkanlah segala urusan hidupku, urusan sakit peningku, urusan kematianku. Aku bergantung hidup dan bergantung harap hanya kepada MU ya Allah. AMIN.


Pengalaman Rasa Antara Hidup & Mati

Flight ke xxxx delay. Suppose to depart at 6.45, delay sampai 7.05pm.
Flight full, ini last flight ke xxxxx, esok org kerja n sekolah buka
Ada lebih kurang dlm 20 budak. Anak jumpa class mate dia 4 org malam tu satu flight.

Masa atas flight hubby baca Star, dia kata kat Philippine ada taufan. Mungkin xxxxx pun effect. Masa hubby cakap tu kita tak adalah feeling apa-apa pun.

Gegaran start berlaku masa tengah makan malam. Kapal bergoyang tapi tak lama kejap aje….So, kita pun continue makan…lepas tu tidur.

Jam 9.00 mlm, kapal dah approach xxxx area. Kena pakai seat belt. Since kita duduk row 17, nampaklah sayap pun dah start turun utk landing. Masa ni start goyang dah. Hati dah mula rasa takut. Anak tidur lagi, kepala atas riba kita. Anak duduk tepi tingkat, kita tengah, hubby tepi lorong. Kat luar tak nampak gelap tapi putih cos langgar awan tebal disamping lighting dan hujan. Hubby pegang tangan kita, kita pegang badan anak. Mulut dah baca2 dah. Adalah dlm 10 minit bergoyang tu tiba-tiba rasa kapal naik atas. Bila dah stabil, captain announce tak boleh landing xxxx  cos ada huge understorm, heavy wind and rain. So kena landing xxxxx

Dari xxxxx to xxxxxx, kita ingat OK rupanya lagi teruk. Kapal bergoyang lagi teruk dari masa kat xxxxxx tadi dan tiba-tiba semua org melayang i.e terbangun dari tempat duduk dan duduk balik. Semua org menjerit. Haaaaaaa masa ni baru anak sedar dari tidur pasal dia pun melambung. Jantung kita rasa berhenti. Hubby suruh ketatkan seat belt. Masa melambung tu kita dah bertakbir, air mata dah mengalir. Mata takut tenguk luar cos tak nampak apa2 except putih dan tunder, lightning. Anak tanya mama kenapa ni? Kita kata kat anak ada ribut kat luar, kita suruh dia baca al-fatiha banyak2. tangan kiri kita peluk dia, tangan kanan kita hubby peluk. Kapal masih lagi  bergoyang goyang dengan kuat. Dalam 15 minit lepas kena lambungan yang pertama, semua org kena lagi lambungan yg kedua. Kali ni lagi kuat org melantun. If tak ada seat belt tu silap2 kepala kena bumbung kapal. Semua jerit, hubby dan kita bertakbir kuat, rasanya semua org masa tu bertakbir dah!! Dengan enjin kapal yg kuat, bunyinya semacam ajeeeeee, dengan kapal bergoyang kuat, dekat luar nampak putih aje, sayap dah turun, tayar dah turun tapi tak boleh juga landing cos kapal bergoyang kuat sangat, masa tu ingat nak mati dah. Org kata bila nak mati tak nampak hidung. Memang masa tu kita tak nampak dah hidung kita…..Tangan kaki rasa kebas nak stabilkan badan dlm keadaan kapal bergoncang, kita toleh kat hubby minta ampun maaf atas dosa2 kita kat dia kalau apa2 berlaku, minta halal dunia akhirat, hubby tak tercakap apa2, muka dia pucat dan dia pun nangis juga….dia gengam erat tangan kita, dia suruh kita peluk anak kuat2…..masa nilah terbayang wajah arwah mak, atok, pak lang, pak uda dan semuanya lah saudara mara yg dah mati…..dalam hati kata…kalau inilah caranya kita mati…tak apalah kita reda…..mulut tak henti2 mengucap dan bertakbir….kalau terhempas dan mati biarlah zikir takbir tu jadi kata2 terkahir yg keluar dari mulut…….dalam kapal bergoyang tu hati ni berdoa juga agar Allah selamatkan kapal ni dan mendarat di mana-mana tanah pun di bumi tak kiralah di mana2 pun.

Bila dah tak boleh landing xxxxx, kita dengar bunyi sayap masuk balik dan kapal rasa berpusing…kapal masih dalam bergoncang…..dalam keadaan rasa nak mati tu…..tiba-tiba mata tenguk luar nampak hitam, tenguk bawah nampak cam cahaya lampu, hubby  kata mungkin cahaya boat kat laut…..tanpa announcement kita rasa kapal cam nak landing tapi tak tahu kat mana sebab kita tenguk sayap dah turun balik dan tayar dah keluar…hubby kata mungkin kat xxxxx. Tak rasa cam nak turun cos kapal laju. Kita cakap dgn hubby ni nak landing tapi kapal laju sangat….betul pun kapal landing, cecah aja tayar belakang lepas tu tayar depan, terus captain tu tarik breek, immergency betul…sampaikan kita tertarik badan kedepan, kaki pun rasa breek sekali menahan badan dari kedepan, org terus tepuk tangan dan lampu pun terus buka terang benderang kat flight tu…bila announcement kata landing kat xxxx….syukurnya tak terkata…kesat airmata peluk anak …masa tulah baru perasan beg dah berterabur kat bawah…..masa 2 kali melabung tu hand beg kita pun melambung sekali…dah lah beg tu tak ada zip…..landing lat xxxx  jam 10.30 mlm…kita ‘bergoyang’ di udara selama 1 jam 15 minit….saat2 yg tak terkata dan reda jika apa2 berlaku……

1 jam 15 minit berlegar di udara, kapal bergoyang merempuh rebut, penumpang melambung, hanya dgn izin Allah aje semuanya selamat…. Jika tak, jadi world news Mxxx flight to xxxxx crash!!!

Captain kapal keluar dari kok pit berdiri sebelah pramugari  nak calm kan penumpang. Kita cakap dgn captain tu ‘good job captain’, hubby tak tercakap, tapi captain tu tepuk bahu hubby  dan kata ‘don’t worry you are save now!’

Airport black out. Kita terus ambil beg , teksi terus balik rumah. Sampai rumah hubby  bawa beg masuk, terus dia nak atas mandi dan terus solat. Kita dan anak mandi dan solat…terus tidur. Kat rumah kita tenguk muka hubby , hubby  tenguk muka kita tapi tak tercakap apa2 pun. Hati masih rasa tak percaya boleh selamat..trauma betul……

Selalunya bila sampai rumah lepas balik dari KL, hubby ambil kunci kereta start kereta, check rumah dulu….lama baru mandi dan solat…..tapi hari tu dia tak kisah pun “harta benda” kat rumah…terus mandi, solat, tidur……

Esok lepas antar anak sekolah…sambil siap2 nak gi kerja..baru ada kekuatan nak call kakak cerita apa yg berlaku…….
Kat tempat kerja ari isnin pagi tu…pun tak ada mood…masih trauma..tapi staff sorang tu cuti terpaksa juga kerja….if dia ada kita memang dah ambil immergency leave aje ari isnin tu…petang tu baru call abah dan cerita kat abah pulak……

Rupa-rupanya….kekawan kat office cerita…tiba-tiba angina kuat mlm tu dalam jam 9.00 malam…masa tu flight nak cuba landing xxxx . Satu xxxxx  black out. Banyak pokok tumbang, atap rumah terbang. Esok tenguk berita, rupanya xxxx lagi teruk kena ribut mlm tu….no wonder if kat bawah atas tanah kena ribut sampai pokok tumbang, rumah tercabut,,,bayangkan kita org yg kat udara masa ribut tu……  kelajuan ribut dlm 70kmsejam..ni serpihan rebut dari Philippine…..

Pengalaman ni membuatkan kita dapat rasa camana rasa nak mati…antara hidup dan mati….berjuang untuk hidup dan sampai satu ketika reda jika inilah cara kita mati….
Allah yg maha berkuasa…….cam abah kata dalam ramai2 yg berdoa atas flight tu ada doanya yg Allah kabulkan…..sebab masa landing tu aje cuaca cam clear…lepas kita sampai rumah jam 11.00 mlm…angina ribut kuat balik…

Syukur Allah masih panjangkan nyawa……..

Petikan Ayat Al-Quran

Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Surah Al-Asr (Demi Masa)


Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikannya padanya kebaikan yang banyak
Surah An-Nisa : 19


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kami menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui
Surah Al-Baqarah:216