Sepanjang minggu ni anak saya penuh aktiviti dia dgn exam. Pagi di sek kebangsaan, manakala petang di sek agama. Kenapa ya, anak2 exam tapi makayah yang susah hati? Anak relex aje. Agaknya dasar pendidikan negara kita yang terlalu mementingkan kecemerlangan akademik daripada yang lain.
Pada saya, if anak dapat sederhana aje dlm akademik pun tak apa asalkan ilmu agama dia kuat. Tapi kan, some parents did not sent their children to sekolah agama waktu petang kerana kesian kat anak, nanti dia penat. Kerajaan pun tak wajibkan sekolah agama. Inilah silapnya. Haaaa…saya dah melalut. Nanti saya buka topic pasal sekolah agama pulak.
Yg ni saya nak story pasal exam. Tak dinafikan yg exam ni penting untuk penilaian murid-murid. Tapi kejayaan dan kebahagiaan hidup bukan terletak pada exam dan result yang cemerlang aje. Banyak faktor2 lain yang menyumbang kepada kejayaan seseorang.
Ada yang tak berjaya dalam pelajaran tapi berjaya dalam perniagaan. Ada yang berjaya dalam pelajaran, study sampai luar negeri tapi bila balik kerja biasa-biasa aje. Semua ini bergantung pada bimbingan dan apa matlamat hidup yang kita mahu. Tak dapat result good dlm exam tak bermakna yang murid tu tak berjaya kan…?
So, janganlah di dera anak-anak kita terutama yg sekolah rendah, dibawah 12 tahun. Biaq depa enjoy their life sebagai kanak-kanak. Dunia kanak-kanak ini tidak akan berpadah balik. No turning back!!.
Anyway, good luck to all out there yg nak exam SPM this coming Nov. & good luck to my son for the exam semesta kedua.
I always prey for your happiness dunia & akhirat.
No comments:
Post a Comment