Saya tidak pernah khatam pembacaan al-quran sehingga saya berumur hampir 40 tahun sewaktu di Mekah menunaikan fardhu haji. Itulah pertama kali seumur hidup. Bayangkan, betapa lemahnya iman saya.
Sewaktu kecil, saya mengaji dengan beberapa ustad & diakhirinya dengan mak yang mengajar. Itupun sampai juzuk belas-belas saja kerana mak kata saya dah boleh baca, maka dia suruh saya baca sendiri. Maklumlah zaman remaja, mana fikir nak khatam apatahlagi bila disuruh baca sendiri. Sehinggalah saya di tingkatan lima. Di sekolah waktu tu ada solat hajat untuk student nak ambil periksa SPM. Salahs atu aktiviti baca Yassin. Pertama kali saya dengan ada "Surah Yassin". Saya lihat kawan saya yang sama-sama solat hajat lancar membaca surah Yasin bersama para ibubapa yang lain. Tetapi saya, merangkak-rangkak. Betapa malunya saya.
Di kolej, saya mula membaca surah Yasin ketika malam Jumaat, sehingga saya agar lancar membacanya. Tetapi membaca surah-surah lain dalam Al-Quran belum saya praktikkan.
Memulakan alam rumahtangga & pekerjaan menuntut masa yang tidak pernah habis. Saya solat dan hanya akhirinya dengan bacaan doa dan kadang-kadang baca surah Yasin pada malam Jumaat kerna ia dah jadi macam kebiasaan saya semasa di kolej.
Sehinggalah saya menunaikan fardhu haji. Sebelum pergi suami menghadiahkan saya Al-Quran terjemahaan dalam bahasa melayu. Saya seronoh keran itulah pertama kali saya dapat Al-Quran dengan hurufnya yang jelas untuk di baca berserta maknanya. Saya bawa bersama-sama ke Mekah. Memulakan pembacaan di Madinah dan saya dapat khatam sebelum waktu wukuf di arafah. Saya juga dapat membaca hampir separuh makna-makna Al-Quran ketika di sana. Pertama kali seumur hidup saya khatam Al-Quran. Gembira, sedih, terharu, perasaan saya bercampur baur. Betapa lemahnya iman saya.
Bila balik dari mekah, tidak terbuka lagi hati saya untuk membaca al-Quran. Sehinggalah 2-3 tahun kemudian ketika saya ditimpa musibah berkaitan dengan pekerjaan saya dan teman-teman di pejabat. Dalam memujuk hati dengan musibah yang berlaku, saya mengambil al-Quran dan mula membacanya. Ketika itu pertengahan bulan Oct 2009. Berapa lama baru saya khatam? Tentu orang tak percaya. Saya mengambil masa "hanya" satu TAHUN untuk khatam!!!. Saya mengakhiri bacaan saya pada 1 Nov 2010 selepas solat Maghrib. Ya Allah, betapa lemahnya iman saya lagi. Saya cuba khatam pada bulan Ramadhan 2010 tetapi saya tak mampu. Setika Ramadhan, saya dalam pembacaan juzuk 21. Sepanjang Ramadhan, saya berjaya tamatkan hanya 2 juzuk. Jika orang lain boleh khatam 30 juzuk, saya pula hanya 2 juzuk!!.
Kini, pada 8 Nov 2010 bersamaan 1 Zulhijjah 1431H, saya memulakan kembali bacaan saya pada Surah Al-Baqarah. Kali ni tak tahulah berapa lama masa yg saya ambil untuk khatam.
Diantara 1 Nov hingga 8 Nov, saya rasa hidup saya kosong kerana tidak membaca Al-Quran. Saya tercari-cari 'sesuatu'. Saya terasa kehilangan. Sebab itulah saya mulakan kembali bacaan Al-Quran pada 8 Nov.
Sekarang, setiap hari saya mesti baca walaupun hanya satu muka, terutamanya selepas solat Maghrib sambil menunggu solat Ishak. Membaca sambil melagukan bacaan Al-Quran merupakan terapi untuk saya, dapat menenangkan hati saya dan saya rasa Allah SWT dekat dengan saya. Sambil membaca, saya membayangkan keadaan Nabi Muhammad SAW sewaktu menerima ayat/wahyu itu dari Allah SWT. Betapa bertuahnya saya dilahirkan sebagai Islam dan dapat membaca ayat-ayat agung ini.
Kini semana sahaja saya pergi, dlam negeri, luar negara, saya mesti membawa Al-Quran kesayangan saya. Malah saya pernah membacanya dalam kapalterbang selama 1 jam tanpa henti sewaktu dalam perjalana ke Kuching dalam bulan Ramadhan. Di hotel, di rumah ayah, saya akan tetap membacanya. Perjalanan langkah saya di bumi ni seiring dengan Al-Quran yang akan saya gendong bersama-sama saya sehingga ke akhir hayat saya. Saya rasa selamat berada di sisinya.
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. [2:155-157]
Tuesday, August 31, 2010
Dapat License!!!
Congratulations!!!!!
You have pass your interview. Please collect your letter at our office soonest possible.
Berkah bulan Ramadhan. Syukur tak terhingga. Kena buat banyak amalan sedekah dan amal jariah lagi dan lagi banyak.
Berkat doa suami dan keluarga.
Alhamdulillah.....

Tazkirah Setiap Pagi
"Tanyalah Ustad" @ chanel TV9 atau Astro @ 119 setiap pagi jam 7-8 pagi adalah tazkirah buat aku dan suamiku. Minda hati dan fikiran. Sambil bersiap nak pergi kerja, mesti dengar dan tonton rancangan ni without failed.
Alhamdulillah, bilik tidur aku ada segala-galanya, cam hotel. Cuma tak ada peti ais kecil aje, heee. So, sambil bersiap nak gi kerja, sambil tonton rancangan ni kat TV. Suami aku tak kisah, walaupun air-con bukak, tv bukak, air panas bukak, asalkan aku selesa katanya.
Banyak ilmu yg kami dapat dengan menonton rancangan "Tanyalah Ustad" ini. Siaran langsung tau. Boleh call-in lagi jika ada soalan.
Marilah tonton bersama-sama kami!!

21 Ramadhan 1431H
Cuaca pagi hari ini tenang dan cerah. Matahari tidak terlalu terik. Adakah malam tadi malam "Lailatulqadar"? Malam yg dicari-cari dan ditunggu-tunggu oleh semua?
Dapat aku melaksanakan solat tahajut, solat taubat dan solat hajat sebelum ditutup dengan solat witir. Pembacaan aku sehingga hari ini adalah pada Surah Al-Mumin Juz 24. Aku cuba menghabiskan hingga Juz 30 sebelum akhir Ramadhan ini tetapi aku juga hanya insan yg lemah dan imanku umpama papan Bursa Malaysia. Tapi itulah azamku dari mula-mula Ramadhan lagi.
Malu aku katakan yg sebenarnya pembacaan Al-Quran ni sudah aku mulakan dari tahun lepas dalam awal Bulan October 09' dan sehingg hari ini masih belum khatam2 lagi. Betapa lemahnya imanku. Seumur hidupaku, jika aku berjaya khatam pembacaanku ini, ini adalah kali kedua aku berjaya khatam Al-Quran. Pertama, ketika aku menunaikan Haji tahun 2007. Bayangkan pertama kali seumur hidup. Masa aku muda belia dulu, aku tak khatam Al-Quran. Kali ni aku baca Al-Quran yg ada terjemahannya sekali. Sambil aku baca, aku boleh terus baca terjemahannya sekali. Cubalah baca Suar Al-Ahzab. Takut dan ngeri bila baca terjemahannya.
Macamanapun, setiap hari, aku mesti baca Al-Quran walaupun hanya 5 ayat. Mesti baca!!. Bila time "cuti", terasa sangat hati aku kosong cos tak boleh baca.
Aku pernah baca Al-Quran sepanjang perjalannanku dari tempat tinggalku hingga ke Kuching. Penerbangan MAS yg mengambil masa 1 jam. Aku membaca tanpa henti, sampai lidahku penat. Memandangkan aku selalu "terbang" dan aku terlalu banyak menonton "Air Crash Investigation", menaiki kapakterbang ni memang sesuatu yg menakutkan aku. Setiap kali aku naik, seolah-olah inilah perjalananku yg "terakhir". Setiap kali aku keluar daerah, kitab Al-Quran tidak pernah aku tinggalkan, akan sentiasa bersama aku di dalam beg tanganku di mana sahaja. Dan aku akan membacanya dimana sahaja tanpa jemu.
Mudah-mudahana aku berjaya khatam Al-Quran pada Ramadahan 1431H.
Till then, wasalam.

Thursday, August 26, 2010
Suami Tersayang
Ingin aku katakan
aku sayang akan dia
yang membawa seri & makna
dalam hidupku
sejak berbelas tahun lalu
Setiap pagi
aku bersalaman dengannya
mencium tangannya
tanda restu & izin
melangkah ke tempat kerja
Suami tersayang
anugerah yang diberi kepadaku
tak ternilai harganya
tak dapat aku bayangkan
jika anugerah ini diambil
pergi dariku
Ya ALLAH Ya Rabbi
panjangkanlah jodoh kami
panjangkanlah umur kami
berkatilah rumatangga kami ini
syukur di atas segala rahmatMU
AMEN
aku sayang akan dia
yang membawa seri & makna
dalam hidupku
sejak berbelas tahun lalu
Setiap pagi
aku bersalaman dengannya
mencium tangannya
tanda restu & izin
melangkah ke tempat kerja
Suami tersayang
anugerah yang diberi kepadaku
tak ternilai harganya
tak dapat aku bayangkan
jika anugerah ini diambil
pergi dariku
Ya ALLAH Ya Rabbi
panjangkanlah jodoh kami
panjangkanlah umur kami
berkatilah rumatangga kami ini
syukur di atas segala rahmatMU
AMEN
Interview
Semalam Rabu 25-8-10, saya telah melalui sesi interview bersama Authority yang terdiri dari 3 panel. Seram sejuk tangan sambil mulut tak henti2 menghafal nota2 serta seksyen di dalam beberapa akta.
Alhamdulillah, lega betul rasa hati saya bila interview berakhir. Saya telah memberikan yang terbaik & yang termampu saya luahkan dan katakan kepada panel2 tersebut. Nampaknya mereka berpuas hati dengan jawapan saya. Semuanya dalam BI. Up to one stage, one of the panel said "you should become a lawyer since you can remember so many section and can deliver your explanation so outstanding!". I take it as a compliment and just gelengkan kepala.
Whatever it is, i'm so satisfied with the way how the interview was conducted. Towards the end, the will inform me on the outcome.
Actually, before boleh gi interview ni, kena pass dulu written exam. Alhamdulillah, saya dah pass dgn hanya one sitting. Ramai yg kena repeat exam written ni cos susah & fail. Selagi tak lulus written, tak leh gi interview.
Now, i'm waiting my "LICENSE" to be issued by the Authority. Syukur, semua ni berlaku time Ramadhan, bulan yg seribu berkah.
W'salam.

Tuesday, August 17, 2010
Day 7 Tuesday
Hari yang tenang di opis. Kena beli cokolat utk di bawak ke KL Jumaat ni nak bagi kat big,big boss, atas arahan small boss.
Menu berbuka puasa, dalam masa 1 jam, sempatlah masak
1. mee goreng mamak
2. sotong masak sambal
3. sayur bayam masak air
4. ayam goreng
5. fish ball vegi goreng
6. air teh
Alhamdulillah, semuanya makan dgn berselera.

Day 6 Isnin
Isnin dah kerja. So, buka puasa saya masak
1. kari ikan putih
2. sayur goreng campur
3. rebus telur masih
4. telur bungkus
5. cempedak goreng
6. kuih seri muka [yg lebih semalam]
7. air teh
Sahur pun makan kari ikan juga, ditambah dgn telur goreng.
Suami tak suka membeli-beli time puasa ni. Dia kata nanti tak makan. Kadang2 yg dibeli pun tak sedap. Nampak aje cantik tapi rasanya tak ada. Not money value.
Malam pulak anak ada tuisyen. Lepas tu bawak dia gi McD beli burger.
Alhamdulillah dengan rezeki yg Allah swt bagi sehingga hari ini. Melimpah ruah sebenarnya.
Hingga jumpa lagi.

Day 5 Ahad
Alhamdulillah, dpt ke pasar hari ini.
Buka puasa masak
1. nasi ayam
2. kuih seri muka
Sahur pun makan nasi ayam lagi. Kat rumah ni time sahur tak makan banyak.
Anak mesti ambil milo segelas. Suami pulak tak cerewet. Makan apa saja yg dihidangkan.

Sunday, August 15, 2010
Syukurlah Dengan Apa Yang Kita Ada
Saya selalu mengingatkan diri saya agar sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada. Sesiapa yang mengenali saya, akan tahu apa yang saya tak ada. Kekurangan saya ini mereka jadikan satu modal untuk mengutuk, mengumpat dan kadang2 sampai tahap memfitnah diri saya. Itu belum lagi jelingan mata mereka bila memandang saya.
Saya redha dan saya kata kat diri saya, saya tak akan ampunkan mereka yang menghina saya kerana itu "pahla" saya dan saya akan tuntut di akhirat nanti. Saya selalu memberitahu hati saya agar berfikiran positif. Banyak lagi nikmat2 yang Allah kurniakan kepada saya. Tak terhitung rasanya. Kena perlu saya rungsingkan hati dan fikiran saya tentang cercaan orang pada saya? Bukan mereka yang saya cari bila susah? Bukan mereka yang beri saya duit untuk beli beras bagi saya makan? Itulah manusia. Bila berita gembira, mereka dengki dan cemburu tetapi bila berita tak baik, seronok mereka menjaja cerita.
Saya bersyukur dangan apa yang saya ada di sekeliling saya. Suami saya baik dan selalu membimbing saya. Mintaklah apa saja darinya, akan dia tunaikan. Selalu bagi surpise pada saya. Saya pun bukan isteri yang baik padanya. Saya tak pandai masak [tenguklah menu-menu puasa saya], saya tak pandai menjahit, saya ni panas baran juga orangnya. Entahlah mungkin jodoh saya dengannya. Rasa kasih saya dan suami terlalu mendalam dan kami bahagia dengan cara kami. Telatah anak yang satu tu pun membuatkan kehidupan kami ada pahit, manis dan masam. Sebab tu, saya mendidik hati saya agar tidak membandingkan hidup saya dengan orang lain. Bila kita lihat orang lain ada rumah besar, ada anak2 yg berjaya, tak semestinya mereka bahagia. Makna "bahagia"ni terlalu luas. Walaupun hidup miskin, tak kahwin tapi mungkin mereka bahagia. Siapalah kita untuk katakan mereka bahagia dan mereka tidak.
Hinga ketemu lagi!!!!

Kematian Lagi
Baru dapat tahu, kakak kepada kawan saya telah meninggal dunia pada 24 Julai yg lalu kerana sakit kanser. Umurnya baru 42 tahun. Tak tahu saya kanser apa.
Bila mendengar berita kematian ni, tangan saya mengeletar dan mata saya terbayang-bayang akan arwah. Saya tak rapat dgn arwah tapi saya kenallkan dia.
Itulah kepada Allah kitd dtg dan kepadanya kita akan kembali. Rasa macam mimpi aje. Tak ada yang kekal di dunia ni. Saya takut akan kematian kerana tak bersedia. Saya banyak dosa. Macammana jika is berlaku pada saya. Tak boleh cepat atau lewat. Semuanya dah tertulis. Takutnya!!!
Saya banyak membaca buku2 tengan alam kubur, apa yg berlaku pada mayat, alam barkzah dan semuanya tentang kubur. Itu yg saya takut sangat. Amalan saya tak cukup untuk menjawap soal kubur.
Kdang2 saya nak lepaskan semua nikmat hidup ni, pergi menyediri kat mana2, buat amal ibadah sebanyak-banyaknya. Berbuat baik pada semua orang. Sedekah semua harta saya pada orang susah. Kalau boleh masa saya nak mati nanti, harta yg tinggal kat saya hanya baju yang saya pakai aje. Boleh tak?

Alhamdulillah, Lulus EXAM
Dah tua-tua ni & bila ditransfer ke tugas baru, maka saya kena/wajib utk ambil license dari Authority sebagai pengesahan akan jawatan saya.
Step nak dapatkan license tu, saya kena ambil written exam. Bila pass written exam, baru depa arange interview utk saya. Lulus interview, baru depa approve license ti kat saya.
So, pada 12 July yng lalu, saya sit for written exam. Tension gak cos tak lama tak ambil nota baca. Last exam masa kat U dulu, hampir 14 tahun yg lalu. Bayangkan!. Berkarat dah otak. Rela dalam paksa terpaksa juga saya teruskan. Masa hari nak exam tu, tangan mengiggil tak usah cakaplah. Sebenarnya Authority ni susah nak luluskan written exam. Ramai yg kena repet exam. First attemt fail. Sit lagi second exam. Kdang2 pun boleh fail. Kenalah sit sampai lulus. Tu yg saya takut sangat tu. Soalan tak banyak, 10 aje tapi susahnya bukan main. If tak study betul2 memang tak leh jawap punya.
Lepas habis exam hari tu, half day kat opis saya tak leh kerja, rasa semacam aje. Dahlah petang tu kena fly gi KL. Sepanjang2 flight asyik teringat soalah yg saya jawab, betul ke salah. Lulus ke fail. Rasanya tak sanggup lagi nak sit kali ke-dua if fail.
Sampaikan seminggu sebelum ramadan, saya dapat email dari Authority.
"Congratulations Puan, you have pass the written exam". Menggigil tangan saya bila nak print email tu nak show to my boss. Syukur, Alhamdulillah, syukur tak terkira.
Now tengah tunggu date utk sit interview pulak, may be after 20 August.
Doakan agar semuanya berjalan lancar. Amin.

Puasa
Saja nak beritahu menu-menu puasa setakat ini
Day 1 = Rabu
1. jemput-jemput udang
2. ayam goreng halia
3. sayur kobis masak lemak
Sahur
1. panaskan ayamg goreng halia
2. panaskan kobis masak lemak
3. telur goreng
Day 2 = Khamis
1. mee hoon goreng
2. ikan bawal masak lada
3. kari daging dlm tin
Sahur
1. sardin
2. telur goreng
Day 3 = Jumaat
Tak masak, semua beli kerana balik kerja lambat
1. nasi kerabu
2. pizza, udang & sop [untuk anak]
3. cempedak goreng
4. beli kuih bakar & karipap & mertabak
Sahur
1. udang masak sweet sour
2. sayur goreng
Day 4 = Sabtu
Tak sempat pergi pasar, so tak masak lagi, beli
1. nasi kerabu
2. ayam percik
Sahur
1. telur goreng
2. kari daging segera [dlm tin]
Apabila disenaraikan menu-menu tu bertapa malasnya saya ni.

Subscribe to:
Comments (Atom)