Thursday, April 22, 2010

RM1 Juta untuk Bersara?

Boleh ke kita capai? Bagi golongan sederhana macam saya ni yang gaji hanya cukup-cukup makan pakai, saya tak rasa saya boleh ada simpanan RM 1 juta pada umur bersara 55 tahun. Bagi kakitangan kerajaan, perkara ni tak menjadi issue kerana mereka ada pencen. Tetapi bagi kakitangan kerja swasta, banyak masalah yang akan timbul nanti

Pandangan saya, rata-rata masyarakat Malaysia ni masih lemah dalam menguruskan pendapatan dan perbelanjaan hidup mereka. Kalau tak, tak adalah Bank Negara menubuhkan AKPKA [betul ke saya sebut ni?]. Yang saya faham, agensi ni ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia menguruskan kewangan mereka dengan bijak berdasarkan pendapatan yang mereka dapat.

Ada pembahagian untuk bayar rumah, duit makan, duit kereta, duit minyak kereta, duit pasar, duit tol, duit susu anak, duit orang mengasuh anak atau pembantu rumah. Ini belum lagi cerita tentang nak makan luar, makan KFC ke, McD ke, pizza ke, balik kampung hujung bulan ke, bagi mak ayah kat kampung dan list ini semakin panjang. Macammana jika hari raya, nak buka sekolah? Tentu lebih parah. Tapi pendapatan tetap banyak tu juga. Tunggulah jika ada bonus hujung tahun. Adalah lega sikit.

Kesimpulannya, ukurlah baju di badan sendiri. Jika takut bermain ombak, janganlah berumah di tepi pantai. Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat.

Hingga jumpa lagi.

Banyaknya Harta

Banyak hartanya sampai RM400 juta. Terbayang-bayang di mata saya macam mana banyaknya duit berjumlah RM400 juta ni. Jika suruh saya kira secara manual, rasanya seminggu pun tak habis kira lagi kan!.

Jika digunakan duit RM400 juta ni rasanya 10 keturunan pun tak habis makan. Walau bagaimanapun, yang pergi tetap pergi dan yang hidup perlu meneruskan kehidupan.

Bagi saya, jika saya mati dan dijemput Pencipta, saya hanya nak tinggalkan baju sehelai yang sedang saya pakai sahaja dan duit sebanyak RM5 ribu. Duit itu akan digunakan oleh waris saya untuk segala kos pengebumian saya seperti upah orang mandikan mayat saya, beli kain kapan, upan gali lubang kubur dan sebagainya.

Entahlah, kita pun tak tahu bila kematian kita dan dimana kubur kita. Namun begitu, saya ada terbaca di satu artikel yang menyatakan jika kita pergi Haji atau Umrah dan kita berada di Madinah, hendaklah kita menanamkan cita-cita untuk mati di Madinah agar kita dekat dengan Rasul dan Nabi yang kita kasihi. Hari Kiamat nanti, penduduk Madinah yang pertama akan di bangkitkan oleh Allah swt.

Al-Fatihan untuk semua yang telah pergi mengadapNYA.

Wednesday, April 21, 2010

Takziah

Takziah dari kami sekeluarga kepada keluarga Acik. Saya bukanlah peminat Acik tapi saya tahulah Acik ni artis sebab dia berduet dengan Siti Nordiana. Saya pun bukannya peminat Siti Nordiana.

Muda umurnya dah dijemput kepada PenciptaNYA. Sedih memikirkan apa yang akan jadi pada isterinya serta 2 anak perempuannya aygn masih kecil [umur 2 tahun dan 10 bulan, jika tak silaplah]. Semoga beliau tabah menghadapi hidup ini tanpa Acik.

Dari Allah swt kita datang dan kepadaNYA lah kita akan kembali. Saya selalu mengingatkan diri saya agar sentiasa bersedia bila-bila masa. Mulut tu kalau boleh sentiasalah berzikir. Berzikir senyap-senyap, orang yang berdiri sebelah kita pun tak tahu yang kita sedang berzikir, dimana-mana dan bila-bila masa.

Al-Fatiha untuk Acik , untuk arwah Mak saya dan untuk semua saudara-mara saya yang telah meninggalkan dunia. Semoga roh mereka di kasihi oleh Penciptanya. AMEN.

Mee Hoon Goreng

Masalah pejabat terbawak-bawak sampai ke rumah.

Malam ni saya masak mee hoon goreng see food aje. Malas nak masal lauk-lauk makan dengan nasi. Nasib baik suami saya tak complain. Dia makan aje. Tapi dia ada kata tadi, ingatkan saya masak asam pedas.

Alhamdulillah denga rezeki yang Allah swt bagi ni walaupun hanya mee hoon goreng. Ramai orang di luar sana yang tak makan. Kita kena sentiasa bersyukur. SEBAB jika ALLAH swt nak tarik rezeki, bila-bila masa saja dia boleh tarik.

Allah Maha Besar

Saya Yang Malang Atau Dia Yang Bertuah

Hari ini perjalanan pekerjaan saya tidak berapa smooth. Saya hanyalah pekerja bawahan. Jika ada apa-apa masalah, saya kenalah rujuk kepada ketua saya kan! Saya rasa tindakan ini normal bagi mana-mana pekerja pun.

Nak dijadikan kerja, ada sedikit masalah dan masalah ini ada kaitan dengan orang atasan. Saya telah menjalankan tanggungjawab saya dengan membuat panggilan ke sana sini termasuk Head Office. Dengan maklumat yang saya ada, saya kemukakanlah kepada ketua saya di sini. Punyalah penat saya explain, dia langsung tak ambil pot, tak bagi direction apa yang harus saya buat malah dia suruh saya selesaikan masalah ini sendiri dan update dia saja. Masalah ni masalah dia sebenarnya, bukan saya. Saya hanya kakitangan bawahan sahaja!!. Gerammmmmnya saya. Ada saya cadangkan agar dia sebagai KETUA membuat panggilan kepada orang atasan tersebut untuk mendapatkan clarification tentang masalah ini [in the first place, orang atasan ni yg create problem ni pun], tapi ketua saya kata tak payah call. Actually, orang atasan ini adalah KETUA kepada KETUA saya. Nampaknya ketua saya ni memang takut sangat dengan orang atasan ni.

Jika nak di bandingkan perbezaan gaji saya dengan gaji ketua saya ini adalah dalam RM20 ribu kot, tapi pemikiran tak macam seorang KETUA dengan pangkat yang tinggi tu. Maaflah jika saya kata mentality Ketua saya tu macam 'kerani cabuk' aje.

So masalah ni masih tak selesai. Ketua saya lepas tangan. Pada pandangan saya dan kesemua kakitangan yang bekerja di bawah ketua saya ini, memang dia tak layak untuk menjadi seorang ketua.

Dari pemerhatian saya, sebab-sebab dia boleh naik pangkat jadi KETUA adalah
1. pandai bercakap terutama kepada orang atasan dan orang yang pangkat lagi tinggi dengan dia
2. PR bagus, minum boleh, perempuan boleh, karoake boleh
3. membuli habis-habisan orang bawahannya, kemudian segala surat, cadangan, proposal, dia yang sain. Pada pandangan Head Office, dia yang buat. So, nama naiklah.

Datang kerja ikut suka dia, balik pun ikut suka dia. Kalau malam dah minum banyak dan berkaroke sampai 3 - 4 pagi, esok confirm tak masuk office waktu pagi. Siap pesan dengan secretary, jika ada org cari kata dia jumpa customer. Padalah masih di rumah tengah tidur. Lepas lunch break baru masuk. Itu pun muka dan mata merah macam biji saga kesan arak minum malam tadi. Ha, siapa berani, masuklah bilik jumpa dia pasal surat nak sign ke atau apa saja, silap-silap kena marah lagi ada.

Ada satu surat yang saya buat dalam bahasa inggeris. Punyalah clear dan straight forward letter saya tapi dia kata ayat tu dia tak suka. Tetapi masalahnya, tak pulak dia amend draft letter saya. Dia suruh juga saya amend atau buat balik. Apa yang saya nak amend pun saya tak tahu. Ketua saya ni bukannya pandai tapi tunjuk pandai. Jika betul KETUA, amendlah surat saya tu. Saya ikut aje. Dia KETUA, aaya orang bawahannya aje.

Dengan masalah orang atasan yang masih tak selesai. Saya dah buntu mencari jalan penyelesaian nya. Malang ke saya? Atau Ketua saya yang bertuah?

Sunday, April 18, 2010

Hari Ahad Yang Indah

Apa saya nak buat hari ini ya? Rasanya nak ke pasar, kemudian masak dan buat bacaan sikit tentang exam yang akan saya ambil walaupun date exam masih tak confirm lagi.

Nasi Lemak

Kepada sesiapa yang tidak pernah naik kapal terbang, di sini saya ingin kongsikan bagaimana rupanya nasi lemak yang saya makan ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke tempat tinggal saya. Penerbangan mengambil masa 2 jam 15 mini. Mula-mula dihidangkan air oren. Kemudian nasi lemak sebagai sarapan pagi di samping kek buah dan teh/coffee.


Makanannya boleh tahan sedap tetapi kuantitinya sikit aje. Pada saya makan macam konsep Nabi, iaitu berhenti makan sebelum kenyang.

Ketika Di Kuala Lumpur

Saya ada berkongsi cerita tentang pemergian saya ke Kuala Lumpur. Di sini saya saja nak share gambar-gambar bilik di hotel tempat saya tinggal. Somewhere area Bangsar.


Bilik bersih. Cuma ruang nak solat sangat terhad. Saya solat di belakang meja. Hanya itu sahaja ruang yang ada.






Jalan-Jalan Di Paris

Tahun lepas, saya dan keluarga telah bercuti di London, Paris, Dublin dan Amsterdam. Di sini, saya ingin berkongsi gambar-gambar yang saya ambil di atas kapal terbang dalam perjalanan dari London ke Paris. Ini adalah pemandangan di Paris dari udara. Disebabkan tempat duduk saya di sebelah kiri, maka saya tidak dapat melihat pemandangan Alpha Tower dari udara.
Perasan tak tak ada salji? Ketika ini awal bulan April.


Mungkin di kawasan kampung.


Nampak macam kawasan ladang.

Sebahagian bandar Paris.


Di Bandar Paris lagi.

Memang soronok di sana. Jika di izinkan olehNYA, ingin rasanya bercuti lagi ke sana.

Fruit Basket

Inilah dia fruit basket yang saya kirimkan pada abah semperna hari jadinya semalam.


Ini bukan kali pertama saya memberinya fruit basket. Pada tahun lepas semperna Father's Day, saya pun ada kirimkan padanya fruit basket.


Jika saya berinya kek atau coklat, saya rasa abah tak makan. Kalau buah, memang abah suka. Walaupun gift ni tak seberapa harganya, tetapi ingatan saya dari anaknya yang jauh ini yang akan diingatinya.

Ada apa-apa cadangan untuk gify abah semperna Father's Day this year? Takkan fruit basket lagi kan.

Saturday, April 17, 2010

Shopping

Masa saya di KL selama 4 hari, saya betul-betul shopping sakan. Semua perbelanjaan saya dalam RM2 ribu. Sesetengan orang kata tak banyak tapi bagi orang macam saya, jumlahnya memang besar.

Apa yang saya beli?
Seluar 3 helai
Baju Ms Read 3 helai
Kasut kerja
Seluar suami jenama dockers
Baju tidur anak 2 helai
Buku-Buku dan majalah , semuannya bernilai RM200
Helicopter Control untuk anak, beli di Toy R Us
Permata Hijrah
Baju kemeja untuk suami

Saya puas hati. Alhamdulliah dengan kurniaan rezeki dari Allah swt.

Maafkan Saya

Seminggu ini, ada sesuatu yang menganggu pemikiran saya di pejabat. Ia berpunca dari kesilapan saya yang mengambil tahu hal orang dan kemudian, berkongis akan hal tersebut kepada ketua jabatan.

Pada saya jika kita melanggar peraturan kerja, itu memang satu kesalahan. Integriti diri kita boleh dipersoalkan. Tidak bersyukur kah kita dengan segala nikmat yang telah Allah swt berikan kepada kita. Dengan hanya ada sijil SPM, tapi kita berjaya membina kerjaya sehingga menjadi pegawai dengan gaji antara RM4000 hingga RM5000. Tidak bersyukur ke kita? Saya lihat, bukanlah mereka-mereka ini layak untuk dijadikan 'pegawai' tetapi mereka ini naik disebabkan ada kekosongan di sebabkan adanya perletakkan jawatan atau pemindahan pegawai. Maka jika ada kekosongan, maka mereka yang di bawah akan dinaikkan pangkat walaupun pada hakikatnya mereka ini tidak layak dari segi pemikiran dan tahap IQ mereka. Alasan ketua, daripada kita mengambil kakitangan baru yang ada ijazah, lebih baik kita naikkan pangkat kerani aje. Tak payah nak ajar-ajar mereka lagi. Pengalaman kerja dah ada.

Bila rasa diri besar, maka berlakulah salah guna kuasa. Pemikiran masih lagi macam kerani, tapi jawatan pegawai. Nak tunjuk lagak. Orang macam ni tak tahu bersyukur.

Nak harapkan mereka-mereka ini meletakkan jawatan, jangan haraplah. Sapa nak ambil mereka kerja hanya dengan kelulusan SPM. Di pasaran, ramai lagi yang ada ijazah yang tak ada kerja.
Memang mereka ni tak tahu bersyurkur. Bagi saya, jika saya lihat ada yang tidak mengikut peraturan, maka saya akan suarakan kepada ketua atasan. Jika mereka nak ambil tindakan, maka ambillah. Jika tidak, saya telah pun menjalankan tanggungjawab saya.

Jika ada diantara mereka yang sakit hati dengan tindakan saya, maafkanlah saya.

Selamat Hari Jadi Abah

Hari ini 17 April 2010 merupakan hari jadi abah yang ke-71 tahun. Doa saya agar abah dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki olehNYA sentiasa.

Memandangkan saya duduk jauh dari abah dan tidak memungkinkan saya untuk merayakan hari ulang tahunnya, maka saya telah mengirimkan sesuatu kepadanya. Saya meminta pertolongan seseorang untuk menghantarnya kepada abah. Mungkin sudah sampai kiriman saya. Harap abah suka. Bukan barang atau harganya yang menjadi persoalan tetapi ingatan dari anak yang jauh untuk ayahanda tercinta yang diharapkan.

Jika ada rezeki akan saya download kan gambar kiriman saya itu di sini.

Tanpa abah, tidak akan menjadi saya sebagaimana saya hari ini. Tanpa dorongannya dan bimbingannya, sekarang saya menikmati hari-hari yang indah bersama-sama keluarga saya walaupun jauh dari pandangan mata abah.

Hanya satu harapan saya. Ingin saya persembahkan "sesuatu" pada abah sebelum abah menutup mata. Setiapa hari saya berdoa kepada Allah swt agar "sesuatu" itu dapat saya perlihatkan kepada abah dan saya ingin lihat senyuman di mata abah. Saya hanya mampu berdoa dan bertawakal, entah bila lah "sesuatu" itu akan dizahirkan. Saya tidak berjaya memperlihatkannya kepada emak kerana emak telah mengadap penciptaNYA . Saya redha dan pasrah.

Akhir kalam, terima kasih abah di atas segala-galanya. Semua yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. Selamat Hari Jadi Abah.

Tuesday, April 6, 2010

Pergi KL

Insyallah, hari Rabu nanti saya akan terbang ke Kuala Lumpur dan balik semula ke rumah saya yang indah ni pada Sabtu. Ada kursus yang saya kena hadir untuk menambahkan pengetahuan. Semua kos ditanggung oleh majikan saya.


Lama dah saya tak tinggalkan keluarga saya ni. Boleh ke mereka menguruskan hidup tanpa ketiadaan saya? Biasanya saya yang kejut mereka bangun pagi untuk solat dan ke sekolah. Harap2 janganlah ada yang bangun lambat. Anak saya pesan belikan dia macam2 kat KL nanti. Suami pula tak banyak cakap. Balik awal katanya. Sure 4 hari saya tak ada ni, dia makan kat kedai aje.


Semoga perjalanan saya selamat pergi dan kembali dan dipermudahkan segala urusan saya di sana nanti.

Weekend Yang Indah

Lama dah saya tak rasa enjoy masa weekend. Last weekend, semua tengah demam. So this weekend, saya betul2 relex dan memanjakan diri dengan aktiviti yang saya suka. Suami pun tak kisah jika saya tak masak. Dia belanja makan kat luar aje.
Anak pulak demam dan batuknya dah baik. Belajar sikit dan siapkan homework. Petang tidur.
Tak banyak perkara2 yang menganggu dan merungsingkan fikiran saya. Tenang aje hati saya. Alhamdulillah.

Saturday, April 3, 2010

Denggi

Sekarang ni heboh tentang denggi. Satistik menunjukkan banyak dah kematian di negara kita disebabkan denggi ni. Bercaka tentang denggi, saya ada pengalaman mengalami demam denggi. Mungkin disebabkan rawatan awal, maka deman denggi saya taklah sampai tahap ke demam denggi berdarah. Ikuti cerita saya di bawah.

Persitiwa ni berlaku kalau tak silap tahun 1995 sewaktu saya di universiti. Ia bermula dengan deman. Saya pergi klinik, makan ubat. Dua hari lepas tu demam makin tinggi. Saya tengah tidur, tiba-tiba saya terjaga dalam jam 11.30 malam, badan rasa tak larat, nak jalan pun tak boleh. Tak ada energy langsung. Badan panas sangat. Saya merangkak turun katil. Dalam keadaan merangkak tu, saya ketuk bilik kawan saya di sebelah. Nasib baik dia belum tidur. Terkejut dia tenguk saya macam tu. Kecoh satu blok!. Mereka pakat ramai-ramai bawak saya pergi klinik 24 hours. Doktor kat klinik suruh refer saya kat hospital. Mereka bawak saya kat emergency Hospital Kajang. Apa yang saya ingat, lepas nurse ambil tekanan darah, keluar bintik-bintik merah kat lengan dan tapak tangan. Admitted masuk ward. Nurse suruh kawan-kawan saya balik, esok datang lagi. Yang saya ni ni pulak badan dah lembik, saya pun tak tahu sakit apa. Malam tu lengan kena masuk jarum, tidur dalam kelambu. Saya tertidur sampai pagi tak sedar-sedar.

Esok saya terjaga dalam jam 8.00 pagi, saya lihat abah dan mak saya dah ada kat tepi katil saya. Kawan-kawan saya pun ada. Pagi tu barulah saya tahu yang saya kena demam denggi. Rupa-rupanya malam tu lepas saya admitted, kawan-kawan saya takut sesuatu berlaku kat saya, mereka telah call family saya jam 1.30 pagi untuk inform yang saya masuk ward. Itu yang parents saya datang. Rupa-rupanya pulak, malam tu ada satu kematian di ward yang saya duduk disebabkan denggi. Nak kenal pesakit denggi dengan pesakit biasa senang aje. Yang denggi semua tidor dalam kelambu 24 hourse.

Duduklah saya di ward dalam 5 hari. Lepas parents saya balik, kawan-kawan saya banyak membantu saya sampai saya keluar ward. Alhamdulillah, saya cepat dapat rawatan. Bilik saya di kampus terutama blok saya, habis kena sembur. Kawan-kawan saya inilah yang membersihkan bilik saya, mengemop, menyapu dan menjaga bilik saya.

Dimana mereka ya? Yang saya ingat dan terbayang-bayang wajannya adalah Kak Noi. Orang Kelang tapi saya tak ada alamatnya dan telephonenya. Semoga Allaw swt membalas jasa-jasa mereka yang banyak menolong saya sewaktu saya di uji dengan penyakit demam denggi ni. Amin.

Jika kita demam, cepat-cepatlah dapatkan rawatan. Jangan berlengah lagi. Sekarang ni macam-macam penyakit yang timbul. Jaga kebersihan terutama kepada anak-anak kecil ya!


Hingga jumpa lagi.

Takziah

Salam pagi Sabtu 3 April 2010.

Mula-mula saya ingin ucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Din Beramboi yang telah kembali kepada penciptaNYA pada hari semalam. Dari berita di akhbar, difahamkan punca kematiannya disebabkan denggi berdarah. Muda usianya. Kalau tak silap baru 43 tahun. Kepada Allah swt kita datang, dan kepadaNYA lah nanti kita akan kembali. Tak kira usia, muda ke, tua ke, kalau dah termaktub itu waktunya, maka tidak akan terlewat atau tercepat satu saat pun.

Kematian ini menginsafkan saya supaya sentiasa bersedia setiap detik dan waktu agar bersedia dipanggil bila-bila masa. Kita tak tahu. Tak siapa pun tahu bila masanya kan! Pesan saya pada semua, saya juga berpesan kepada diri saya juga agar
1. janganlah tinggal solat
2. sentiasa bersedekah
3. buat baik pada orang terutama suami/isteri, ibubapa/keluarga
4. jangan ada sifat dengki atau iri hati pada kejayaan atau kekayaan orang
5. tanamkan dalam hati yang hidup ini sementara sahaja
6. mulut sentiasa berzikir memuji kebesaranNYA setiapa masa [dalam hati]
7. reda bila kena ujian dariNYA
8. niatkan apa-apa yang dibuat kerana Allah swt
9. setiap hari baca Al-Quran

Teringat saya lirik-lirik lagu "Pergi Tak Kembali"
Selamat tinggal pada semua
Yang tingal hanyalah kenangan
Kita tak sama nasib disana
Baik kah atau sebaliknya
Amalan dan takwa
Jadi pegangan
Bahagia sejahtera ia pulang kesana

Hingga jumpa lagi.