Thursday, April 22, 2010

RM1 Juta untuk Bersara?

Boleh ke kita capai? Bagi golongan sederhana macam saya ni yang gaji hanya cukup-cukup makan pakai, saya tak rasa saya boleh ada simpanan RM 1 juta pada umur bersara 55 tahun. Bagi kakitangan kerajaan, perkara ni tak menjadi issue kerana mereka ada pencen. Tetapi bagi kakitangan kerja swasta, banyak masalah yang akan timbul nanti

Pandangan saya, rata-rata masyarakat Malaysia ni masih lemah dalam menguruskan pendapatan dan perbelanjaan hidup mereka. Kalau tak, tak adalah Bank Negara menubuhkan AKPKA [betul ke saya sebut ni?]. Yang saya faham, agensi ni ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia menguruskan kewangan mereka dengan bijak berdasarkan pendapatan yang mereka dapat.

Ada pembahagian untuk bayar rumah, duit makan, duit kereta, duit minyak kereta, duit pasar, duit tol, duit susu anak, duit orang mengasuh anak atau pembantu rumah. Ini belum lagi cerita tentang nak makan luar, makan KFC ke, McD ke, pizza ke, balik kampung hujung bulan ke, bagi mak ayah kat kampung dan list ini semakin panjang. Macammana jika hari raya, nak buka sekolah? Tentu lebih parah. Tapi pendapatan tetap banyak tu juga. Tunggulah jika ada bonus hujung tahun. Adalah lega sikit.

Kesimpulannya, ukurlah baju di badan sendiri. Jika takut bermain ombak, janganlah berumah di tepi pantai. Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat.

Hingga jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment