Wednesday, November 10, 2010

Amat Cemburu

Ketika ini hati dan perasaan saya amat cemburu kepada semua jemaah2 Malaysia dan seluruh dunia yang sedang berhimpun di Mekah dengan satu tujuan, Fardhu Haji. Setiap kali melihat rancangan dit Tv samada Lambaian Kaabah, Berita Dari Tanah Suci atau apa sahaja, saya mesti kata dengan suami...bestnya, untungnya mereka. Bilalah kita nak sampai lagi kat sana.

Saya rindukan suasana wukuf. Masa saya pergi dulu, saya tak puas. Walaupun saya berdoa, mengalirkan air mata tetapi saya tak puas merasai suasana hari wukuf masa tu.

Saya rindukan untuk berjalan di terowong untuk pergi melontar. Saya rindukan suasana itu. Ya Allah SWT, cemburunya saya pada mereka yang berada di sana ketika ini. Panjangkanlah umur saya agar saya berkesempatan untuk menjadi tetamu NYA sekali lagi. Saya rindu. Saya cemburu.

Saya rindu untuk melihat Kaabah. Saya selalu membayangkan suasana keliling Kaabah masa dulu sebab saya ada banyak gambar2 lama Kaabah. Setiap kali lepas solat, mata saya ralit melihat Kaabah sambil sekali sekala saya memandang ke langit sambil membayangkan yang di kedudukan yang sama terletaknya Baitul Makmur [tempat tawaf bagi para malaikat]. Di mana letaknya? Hanya Allah SWT yang tahu.

Saya rindu untuk tawaf. Saya rindu untuk solat di hadapan Kaabah. Saya rindu untuk minum air zam-zam sepuas hati. Saya rindu untuk mendengar laungan azan. Segala-galanya saya rindu.

Cemburunya saya pada mereka yang bertuah ketika ini!!!

Siapa Jaga Kita Masa Tua?

Saya pernah di tanya soalan itu oleh seseorang yang rapat dengan dengan saya. Pertanyaannya terlalu riak dan pada ketika itu saya tidak sedar akan keriakkannya. Hanya selepas beberapa hari baru saya sedar.

Orang yang tanya saya itu ramai anak, 8 orang semuanya. Saya pula sorang aje. So, terjadilah sesuatu perbincangan yang berakhir dimana mereka kata saya mesti hormat mereka kerana nanti saya tua, mereka yang kena jaga saya. Mereka mengangap ramai anak adalah sebagai jaminan masa depan yang terjamin samada wang ringgit atau sakit pening. Ramai anak senang masa tua nanti kerana ramai anak yg akan jaga ketika kita tua dan sakit. Ramai anak juga akan bagi banyak duit dan pendapatan kepada mereka ketika tua. Itu kata-kata mereka.

Terkedu saya. Satu anak belum menjamin apa-apa. Dalam hati saya berkata, riaknya mereka yang kata macam tu kat saya. Hati saya menyatakan yang Allah SWT yang akan menjaga saya ketika saya tua. Saya bergantung kepada ketentuan Allah SWT yang tetapkan untuk saya. Saya redha. Saya tak bergantung pada anak.

Setiap kali solat, saya mesti doa agar Allah SWT permudahkan sakit pening saya, urusan hari2 tua saya dan urusan kematian saya. Saya berangan-angan agar saya dapat mati di bumi Madinah & Mekah dalam keadaan beribadah. Biarlah kubur saya jauh dari bumi Malaysia, jauh dari keluarga kerana saya tahu nanti tak ada sesiapa yang akan ziarah saya.

Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Entah2 orang yang cakap macam tu kat saya, nanti bila dia tua, anak2 semua tak mahu jaga dia. Entah2 saya yang kena jaga dia. Insyallah, jika itu berlaku, saya akan ingatkan pada dia tentang kata2 dia pada saya. Berlaku ke? Hanya Allah SWT yang tahu.