Saturday, June 13, 2009

Kenapa perempuan muslim tidak bertudung?

Saya masih belum ada lagi jawapan yang memuaskan hati saya kerana pada saya apa pun alasannya, pemakaian tudung itu adalah WAJIB sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuhan pencipta yang agung. Walaubagaimanapun, saya ada beberapa andaian yang mungkin menjadi sebab kenapa tidak bertudung:



1. Kurangnya pengetahuan agama

2. Takut tak boleh sosial

3. Nanti rambut rosak

4. Susah dapat kerja

5. Rambut itu mahkota wanita, so kena tunjukkan lah...

6. Hidayah tak sampai

7. Tahu pakai tudung itu wajib tapi buat2 tak tahu

8. Bila mati kubur lain2

9. Mak pun tak bertudung, takklan anak nak pakai tudung

10. Tak ada budjet nak beli tudung



Entahlah, tapi saya sedih melihat ramainya wanita islam tidak bertudung dan jika adapun yang bertudung, ada yang kain tudungnya jarang, bertudung tapi pakai seluar ketat atau kain terbelah dan macam2 fesyen lagi. Seolah2 pemakaian tudung ni satu trend dan bukannya satu suruhan WAJIB yang mesti kita patuhi.



Hidup ini indah tetapi kitalah yang menjadikannya "dosa".

Kenapa bunga itu juga indah?




































Semasa lawatan saya ke Amsterdam, saya ada melawat ke taman bunga terbesar dunia yang hanya dibuka pada bulan March hingga May setiap tahun iaitu Keukenhof. Terlalu banyak bunga, berbagai warna dan seperti berada di "syurga". Lihatlah betapa indahnya hidup ini.

Thursday, June 11, 2009

Kenapa bunga itu indah?


Kenapa saya create blog?

Lama dah saya memikirkan untuk create blog sendiri sebagi permulaan hidup saya yang indah ini. Macam-macam yang saya ingin coretkan, tentang kehidupan yang tidak akan ada penghujungnya melainkan kematian.

Sekarang saya bersedia untuk menulis sebagi luahan satu perasaan dan persoalan tentang hidup yang indah ini walaupun sementara ini.

Moto hidup saya "Everyday is a new day. Feel good and enjoy what you do".

Itulah yang saya lakukan sepanjang pernafasan saya 36 tahun yang lalu. Setiap cabaran, dugaan dan musibah yang datang kepada saya dan keluarga, saya terima dengan penuh syukur dan redha kerana kehidupan di dunia ini adalah satu permainan yang melalaikan.

Nantikan coretan-coretan saya seterusnya.

Tak ada mood

Apa ya nak cerita? Masih tak ada mood lagi