Topic ni agak sensetif sikit. Kenapa nak bersosial? Kenapa tak bersosial? Entahlah, I don’t have good answer on this. Some people kata no right or wrong answer.
To me, myself, I know that I m not that type of girl yg suka bersosial. In fact, nak berbual-bual kosong or org kata berbasa-basi pun tak pandai. I don’t have really close girlfriend. Apatahlagi boyfriend. Nak mampus? Nak jadi isteri curang? When taking about this issue, I notice that women when meets women, suka cakap or mengumpat pasal org. Cerita pasal org tu macam ni, kawam tu macam ni. Mungkin instinct wanita kot suka mengambil tahu. Sometimes tu termasuklah hal2 yg dalam kelambu. Pasal laki pun nak cerita. Laki baik or laki pemalas, laki kuat sembahyang, laki kedekut dan seribu satu macam lagi cerita pasal laki. Yg kawan tu mendengar aje. Tapi if dapat mengumpat cerita pasal org lagi best. Nak-nak kawan yg bermasalah, tak kiralah masalah dari segi kewangan or masalah lakibini or masalah anak2, ipar duai or apa saja lah. Seronok kot cerita pasal orang ni.
Ni termasuklah mengadu domba tentang masalah yg dia ada. Daripada org tak tahu, sampai semua org tahu. Silap2 cerita yg sedikit tu dok tokoh tambah untuk menyedapkan cerita. Yang tak ada, saja diada-adakan. Daripad mengumpat sekarang dah jadi memfitnah pulak. Best ke bercerita hal org ni? Apa yang tukang cerita dapat? Yg saya pasti ada 2 lah i.e 1. dapat dosa dan 2. dapat penat mulut aje, haaaaaaaaa…..
Nabi pun ada kata, kat neraka nanti ramai org perempuan yg kena siksa. Mungkin inilah salah satu dosa mereka nanti, mengumpat hal org dan memfitnah secara sedar atau tidak. Di samping itu, menyakitkan hati orang.
Contoh yang paling senang. Kita dah tahu yg kawan kita tu hidupnya macam kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tiba2 kita terjumpa dia, kita pun bercerita tentang beg kulit berjenama LV yang baru kita beli. Agak2 apa rasa kawan tu? Sedih tak? Kita ni nak cerita pasal beg tapi kita lupa yg dia ni hidupnya susah. Mungkin dalam hati kita yang kita tak ada niat nak berbangga dan bermegah. Tapi sensentivelah sikit tentang hal kawan tu. Bila dah sedar, cepat2 lah mintak maaf kat kawan tu sebelum dia terasa hati lagi.
Contoh lain, kawan tu tak ada anak. Lama dah kawin tapi Allah tak bagi lagi rezeki anak. Namun begitu, Allah bagi dia rezeki lain yang melimpah-ruah seperti kerjaya yang hebat, orangnya baik hati, orangnya pun cantik, suami yang baik, rumah yg besar, harta yang banyak, pendek kata hidupnya senang. Dengan rezeki tu, dia banyak bersedekah, pergi umrah haji, buat baik pada org tua, tolong adik-beradik yg susah. Kiranya tak ada yg kurang tentang dia melainkan Allah tak bagi rezeki anak aje. Tapi dia dan suami redha ambil anak angkat. Suami pun baik. Tak ada pun nak kahwin lain malah suaminya sayang sungguh kat isterinya. Bila time buzzday or anniversary beli macam2 kat isteri. Namun begiut, bila berkumpul ramai sedara-mara waktu kenduri, dia ni selalu menjadi mengsa peril or mangsa mengejek oleh saudara dan kawan2 tentang kekurangan itu. Yalah, dah tak ada apa lagi dah nak cerita yg buruk pasal dia, maka issue anak ni yag dimainkan oleh semua org yg disekeliling dia. Agak2 apa dia rasa? Happy? Tentu sedih kan? Tertanya2 kenapa org suka mengumpat pasal dia? Agak2 yg biasa buat kerja ni lelaki ke perempuan? Sure perempuan kan. So, saya tiada jawapan kenapa perempuan2 ni bila berjumpa, bersosial, suka mengumpat or bercerita pasal orang.
Daripada nak bersosial agar dapat mengeratkan silaturahim sesama sedara dan rakan2, dapat juga dosa dgn mengumpat. If macam ni, better tak payah pergi kenduri or sebarang majlis.
Wahai orang2 yg suka mengumpat ni…..apa dia ingat hidup dia tu perfect sangat ke? Baik sangat ke? Tak sedar ke dosa mengumpat tu salah satu daripada dosa-dosa besar?
Nasihat saya pada mangsa2 umpatan orang ni, samada mangsa yg mana aib mereka dibuka di depan orang or mangsa umpatan disebabkan masalah keluarga atau apa saja, mangsa2 ni kena tanamkan dalam hati yg semua ni hanya UJIAN dari Allah. Jika kita bersabar, maka kita akan dapat pahla yang banyak. Kepada yg lebih extrreem, jangan ampunkan dosa2 mereka ni. Tunggu kat akhirat nanti di mahkamah akhirat. Mangsa2 ni akan dapat pahla dari mereka2 yg mengumpat, so dapatlah beratkan timbangan mangsa2 supaya senang sikit masuk syurga. TAPI yg paling penting kat dunia ni, kena banyak2 bersabar.
Amacam?
Inilah salah satu sebab saya tak suka bersosial. Saya takut jika saya tercakap apa2 yg menyakiti hati saudara atau rakan2 saya. Saya takut berbuat dosa pada orang. Jika saya berdosa pada Allah, senang sikit. Saya boleh minta ampun dan bertaubat sebab Allah maha pengampun dan penyayang. Tapi dosa dengan manusia macamnana? Kena jumpa org tu, terangkan dosa yang dah kita buat kat dia, kemudian pujuk dan merayu agar dia ampunkan dosa kita. Itupun jika dia nak ampunkan, if tak nak? Lumrah manusia, mana nak ampunkan, dia sumpah seranah kita adalah, melainkan org tu kuat imannya.
Biarlah orang buat jahat atau mengumpat tentang hal2 saya, hal peribadi ke, hal kerja ke atau hal2 kehidupan saya, saya tak marah. Mulut tempayan bukan boleh ditutup. Cuma cam saya cakap diatas, saya takkan ampun dosa mereka terhadap saya kerana saya nak dapat pahla free di akhirat nanti heeeeee
So, tepuk dada tanya iman !!
Sekadar renungan dan cetusan pendapat.