Sunday, February 13, 2011

lihatlah sesuatu dengan mata hati

hidupa ni ada pasang surut. bila saya lihat balik ke belakang masa kehidupan saya, sehingalah hari ini, banyak yg telah berubah. saya bersyukur walaupun ada setengah2 impian saya yg masih belum tercapai. allah yg maha mengetahui bila agaknya kan!

saya tak boleh menjadi terlalu sempurna dan mengharapkan org juga akan memberikan yg terbaik pada saya. rambut sama hitam tapi hati lain2. ini hakikat hidup. saya pernah dikecewakan, dihina malah dicemuh disebabkan kemiskinan saya, kekurangan saya dan macam2 lagi lah. paling kuat pun bila malam, dalam kegelapan malam, sewaktu tidur saya menangis. basah bantal saya. saya menangis dlm senyap kerana nak mahu suami terkejut. saya memendam rasa, air mata mengalir, mata lihat syiling, melepaskan perasaan sedih saya, sampailah saya tertidur. sambil2 tu saya terbayang orang2 yg saya kenal samada kawan, saudara-mara yg telah kembali ke alam kubur, sambil fikiran saya melayang apa yg berlaku pada mereka, bagaimana keadaan mereka, ada yg mati muda ada yg mati tua. esok bila bangun, for sure mata ada lebam sikit tapi tak perasan cos mata saya kecil aje. perasaan saya agak tenang dan terima inilah hakikat hidup. saya juga membaca al-quran setiap hari sebagai terapi diri dan juga membaca buku 'janganlah bersedih' untuk memujuk hati.

saya cuba lihat hidup ini dari persepctive yg berbeza. sapa kata saya tak cemburu bila lihat org yg cantik, rumah yg besar, kaya, anak yg ramai. tapi saya tak boleh melihat yg atas saja, saya mesti juga lihat yg di bawah. ada yg hidup lebih teruk dari saya, mereka diuji oleh allah lebih hebat dari saya. dalam hati saya tak tahulah, tapi dari luarannya, mereka ni nampak cam ok aje. redha itulah yg terbaik.

jalanilah hidup ini denga sederhana. tak payahlah kumpul harta banyak2 bila mati nanti org lain yg merasanya dan kita yang menanggungnya dosa atau pahla, apatah jika harta tu harta haram, kita yg tanggung azabnye....

hargailah apa yg kita ada dan jangan mengeluh dengan apa yg kita tak ada.

apa yg terbaik saya ada? saya ada suami yg penyayang yang hanya menyanyangi saya sepenuh hati , yg tidak pernah curang pada saya, yg sentiasa membuat surprise pada saya pada harijadi, hari anniversary, yg romantik, yg saya cakap apa saja mesti saya dapat, yg suka buat lawak sampai saya tertawa,saya ada anak sorang yg istimewa, cukup istimewa yg di anugerahkan pada saya oleh allah, bile lihat dia membesar now, saya dan suami berbangga dan rasanya macam mimpi, kami menyayanginya sepenuh hati dan besar harapan kami padanya agar jadi anak soleh dan membawa kebaikan pada kami dunia akhirat, saya ada pekerjaan yg bagus, gaji yg lumayan, hidup yg selesa....begitu banyak nikmat yg allah kurniakan pada saya.

alhamdulillah....

comments pasal facebook

i pun ada facebook [fb]. i dengar cerita fb ni, org yahudi punya. betul ke? tapi bukan tu yang i nak comment.

i notice org fb ni kadang2 masak apa, tensyon, gi holiday, gaduh dgn laki, kucing beranak pun nak masukkan dlm fb. bila dah masuk, adalah kekawan yg puji melambung [if berita baiklah] bagi commentlah...entahlah

pada i, semua tu buang masa aje, sampaikan depan rumah ada tanam pokok apa pun nak cerita, nasih baik tak cerita hari ni pakai spender warna apa...kah kah kah sesapa yg rajin bagi comment, maka glamorlah, ambil gambor anak berposing sakan, masuk dlm fb, kekawan pun puji, cute anak you, comel anak you dsb. kalu yg creative sikit, buat craf ke pun post dlm fb, biasalah semua org puji. ada pulak yg bagi statement tentang hidup, pas tu org ni pun bagi comment, org lain pun comments...jagi berjela2 leee. itu belum lagi yg game nye, like apa2 ke. entahlah nak cerita pun tak fahamlah...

kesimpulannya pada peribadi i semua tu buang masa. mengadap fb ni cam ketagih. masa yg lebih tu baik buat kerja2 yg berfaedah. baca buku ke, masak ke, gi spa ke relek kan minda, baca al-quran ke, macam2 lah yg boleh dibuat. kat rumah tu sesaipa yg dah berumahtangga, seribu satu keja yg boleh dilakukan...

umur kita pun tak tahu bila expiry date. janji allah anytime. bila dtg taklah lewat atau cepat. so, buatlah sesuatu yg berfaedah dan carilah bekalan akhirat sebanyak2 nya. fb tu for sure tak menolong kita kat kubur nanti...tenguklah

perjalanan umrah yg penuh cabaran - part 1

rancangan umrah ni me and my hb plan since last year. so, without delay kita pun daftar kat andalusia, pay deposit rm300 each. tetiba2 awal tahun 2010, ada news dari boss yg i kena pindah department wef 1 feb. dalam post baru i kena ambil exam dgn authority and must pass the exam. post baru ini pun require me to travel a lot frm hometown to kl. maka, plan nak gi umrah pun tertangguh.

sampailah hujung 2010, i deal balik dgn andalusia utk tukar tarikh [actually dah banyak kali dah tukar tarikh!!, tak ingat ni yg dah ke-berapa], lastly kami plan dec 2010. cantikkkk!. cuti pun dah submit 2 minggu+++. kami diuji lagi, embasy arab tak bukak pulak visa umrah ziarah. so tarikh bring forward january, malangnya visa masih tak bukak.

andalusia pun hantar surat bagi kami otpion wheather nak cancel & deposit akan dipulangkan atau kami change to next date. after discuss dgn hb, kami decide cancel and ambik baik deposit. settle satu prob.

i pun star survey2, tanya macam2 travel agent. dipendekkan cerita, kami enroll dgn satu ustad nak gi mesir. tahu apa jadi kat mesir kan? so, our plan pun hura-hara lagi. student mesir pun keluar dari mesir, takkan kita yg tourist m'sia ni nak gi lawat mesir kan.

after disucss dgn ustad, dia agree utk refund deposit kami...alhamdulillah dan terima kasih bebanyak ustad cos' memahami masalah kami.

one day, call this travel agent [nama x leh mentioned, if mention, satu m'sia kenal], dan kata kami dpat tempat umrah. terkejut sangat2, memang terkejut cos kami tahu ramai yg nak ikut package umrah depa ni, kira hot lah kat m'sia!! rasa cam tak percaya lak. malangnya lepas 2 hari dapt good news, depa call kita balik kata kami x dapt semua seat, hanya dpt tiga aje. ya allah! kami diuji lagi. mula2 kata dapat , lepas tu kata dpt 3 aje. dlm hati i marah sungguh dengan depa, i was also crying kat opis. sedih sangat2. i drop her email dan merayu. i juga call one of her boss to inform him about this matter and if he can help me.

bila balik rumah ptg tu, me and hb have a lonnnggg discussion abt this matter. taking consideration yg tempat yg kami nak pergi too terlalu barakah, and if because of us ada jemaah dari travel agent ni yg akan dibatalkan atau dikeluarkan namanya, maka kami tak akan bersetuju dan tak akan ikut travel agent ini. manalah tahukan, bila boss dah interfere ini, sometimes dia akan ambil drastic decision.boss ni pulak kenal my brother & may be dia nak jaga reputasi dia dgn my brother..[x yah i cerita lebih2 lah, nanti kata mengumpat pulak!]

i muhasabah diri dan bila hati dah tenang, mlm tu i call boss tu tapi dia tak angkat. so i sms dia aje yg kata tak apa jika i x leh gi dgn travel agent dia, i akan cari travel agent lain, and x ada rezeki i pergi dgn trvel agent dia, lebih kurang cam tulah ayat i. tapi that night tu dia call dan kata insyallah i akan dapat tempat!

esoknya, menunggu final decision dari travel agent ni...membuat i berdebar2 sesangat. i ada nazar dah, yg mana i kena tunaikan nazar i kat mekah nanti jika i dpt pergi umrah dgn travel agent ni

begitu tinggi harapan nak gi umrah ni

to be continue