Tuesday, March 30, 2010

Tak Baik Demam Lagi?

Nampaknay musim demam ni masih berterusan kepada kami sekeluarga.



Tadi lepas habis kerja, kami semua ke klinik lagu untuk pemeriksaan susulan dan ambil ubat baru. Doktor kata tekak anak masih ada tonsil, batuk pun belum kurang laig. So doktor bagi antibiotik yang lebih kuat, serta ubat asma. Saya baru tahu yang sekarang ni ada ubat 3-in-1 dah iaitu demam, batuk dan selsema di gabung menjadi satu ubat, tapi untuk ubat minum sahaja bukan bentuk tablet. Saya tanya kat nurse tu, bagus ke ubat gabung ni? Dia kata bagus. Tak apa. Saya cuba dulu, senang juga, sekali makan terus untuk 3 penyakit. Kos rawatan anak saya dalam RM125-00.



Untuk saya, doktor pun bagi ubat 3-in-1 juga berserta ubat asma dan antibiotik. Kos rawatan saya mahal sikit dalam RM150-00. Alhamdulillah, majikan saya ada memberikan kemudahan perubatan kepada semua pekerja termasuk ahli keluarga. Tak perlu saya risau tentang hal ini. Cuma pergi klinik, bawak kad medical, isi borang dan jumpa doktor.



Mudah-mudahan lepas makan ubat ni ada perubahan. Kita hanya ikhtiar, yang menyembuhkan penyakit ni hanyalah Allah swt.

Monday, March 29, 2010

Perhiasan Dunia

Apa dia 'perhiasan dunia'? Kenapa orang berlumba-lumba mengejarnya dan berbangga jika berjaya mendapatkannya.



Dari pemahaman saya, perhiasan dunia yang dinyatakan dalam Al-Quran Nur Karim adalah harta-benda dan anak pinak.



Saya ada satu cerita yang saya ingin kongsikan di entri ini.

1. Ada satu mak cik ni anak perempuannya ada anak seramai 7 orang. Anak lelakinya pula ada 6 anak. Dia berbangga sambil bercerita dengan kawan dan saudara mara tentang ramainya cucu yang dia ada dari hanya 2 orang ibu. Jika ada sesiapa yang tiadak ada anak, maka rajinlah mulutnya berceloteh tentang keburukan orang itu dan suka dia membuka aib orang tu dihadapan orang ramai yang mendengar ceritanya. Suaminya sudah meninggal dan barang kemas dia ala 'mami jarum'. Umur semakin meningkat, hidup senang tapi tidak dibukakan hatinya oleh Allah swt untuk pergi menunaikan Haji. Ataupun alasanya 'nama belum naik', setidak-tidaknya dia boleh pergi buat Umrah dulu. Pada pandangan saya, inilah satu contoh orang-orang yang mengejar 'perhiasan dunia'



2. Ada satu pasangan suami isteri nak bercerai. Mereka ada anak seorang. Dalam hujah memujuk suami isteri tersebut supaya jangan bercerai adalah memikirkan tentang anak mereka. Maka orang yang memujuk itu pun dengan rasa bangganya merujuk kepada seseorang yang kebetulan ada di sana masa perbincangan dan kebetulan dia masih belum dikurniakan zuriat. Maka orang yang memujuk itu menunding jari ke arah perempuan tersebut sambil berkata ' tenguk perempuan itu, mandul belum ada zuriat/anak, ingat boleh bahagia ke?' Alangkah malangnya perempuan tersebut. Aibnya dibuka oleh orang yang memujuk tu dengan bangga. Suami perempuan itu ada ketika itu. Dapat dilihat di raut wajah perempuan dan suaminya kesedihan yang mencengkam lubuk hatinya yang paling dalam. Sampai hati dia membuka aib seseorang di majlis perdamaian satu rumahtangga. Untuk makluman orang yang memujuk tu ada 5 orang anak. Adakah rumahtangga yang tak ada zuriat tidak boleh bahagia dan kena bercerai berai? Adakah anak itu satu jaminan bagi perempuan tidak akan diceraikan oleh suaminya? Adakah orang yang memujuk itu boleh dikategorikan sebagai orang-orang yang hatinya belum dibukakan oleh Allah swt untuk mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan padanya? Adakah dia orang yang mengejar 'perhiasan dunia'?


Fikir-fikirkan lah.

Hati Tidak Tenang

Saya memulakan hari Isnin di tempat kerja dengan hati yang berkecamuk. Mungkin dengan badan yang tak sihat, batuk-batuk dan sakit tekak menyebabkan saya tak ada mood nak kerja. Rancangnya nak amil MC half day tapi memikirkan kerja banyak, maka lepas makan tengahari tadi, saya ambil ubat batuk, deman dan sakit tekak. Saya cuba juga bertahan hingga petang.

Memandangkan semua oarang di rumah sakit, maka malam ni saya masak sup ayam bersama carrot, kentang dan makaroni, sambal sotong dan ulam timur aje.

Suami pula bercadang nak bawak saya menunaikan umrah pada cuti sekolah bulan Jun nanti. Hati saya seronok mendengar cadangan suami tapi dalam masa yang sama hati saya risau memikirkan siapa yang nak jaga anak saya masa saya tiada. Suami kata 'marilah kita pergi masa badan masih sihat lagi, nanti sakit susah pulak nak pergi'. Sebenarnya kali terakhir saya ke sana adalah pada hujung tahun 2007 semasa saya dan suami mengerjakan haji. Kami pulang pada awak tahun 2008. Tahun 2009 pula kami bercuti ke Eropah selama lebih kurang sebulan. Nah! sekarang 2010, suami mengajak saya kembali ke rumahNYA.

Bodoh jika saya menolak ajakan suami. Saya nyatakan juga kerisauan hati saya tapi suami kata 'setiap perbuatan baik yang kita nak lakukan mesti ada bisikan Syaitan yang akan mengoda kita supaya jangan kita lakukan. Kita tinggalkan aje le apa-apa yang kita sayang i.e anak-anak, harta benda, nanti sepeninggalan kita, Allah swt yang akan menjaganya'.

Ya, saya setuju dengan kata-kata suami. Banyak yang berlaku pada saya sejak bermulanya tahun 2010 ni. Mungkin di sana nanti akan saya cari ketenangan hati yang hilang dalam diri saya sejak 3 bulan yang lepas.

Doakan agar perancangan saya dan suami menjadi kenyataan untuk menjadi tetamu Allah swt di rumahNYA.

Deman Lagi

Saya lihat ada perubahan pada deman tonsil anak saya pada pagi Ahad. Selepas mandi, dia nampak segar dan nada suara percakapannya sudah bertenaga. Permintaannya untuk sarapan adalah 'pan cake McD'. Suami saya pun belikan dia sarapan in one package di McD iaitu 2 pan cake, coffee, kentang, madu dan butter. Satu pan cake tu habis dimakannya. Alhamdulillah.


Saya dan suami pula hanya makan kueh tiau goreng udang yang saya masak. Tengahari saya tak masak. Entah kenapa badan saya rasa macam nak demam dan tekak mula sakit sambil batuk-batuk. Selepas solat Zohor saya tidur hingga jam 5.30 petang. Rasa tak larat nak bawak badan. Malam tu saya pergi klinik ambil ubat batuk, demam, sakit tekak dan selsema. Agaknya virus anak saya dah berjangkit kat saya.


Hari ini saya lihat suami saya pula rasa nak deman dan batuk-batuk. Suami kata Allah swt nak uji aje ni. Cuba lihat balik kalau ada apa-apa yang dah kita buat yang Allah swt marah.

Termenung saya memikirkan kata-kata suami tadi.

Sunday, March 28, 2010

Menu

Pagi saya tak breakfast. Makan tengahari saya masak dua lauk aje iaitu siput sedut masak lemak dengan sayur batang keladi dan bakar ikan caru berlada. Malamnya, saya panaskan lauk tu [ada sikit lagi] ditambah dengan telur dadar.
Malasnya saya ni ya!!!!

Bunga-Bunga
















Sempat juga saya membeli beberapa bunga yang telah siap digubah untuk menyamankan kediaman saya. Harganya secara keseluruhan dalam beberapa ratus ringgit. Saya rasa suasana rumah berbeza bila ada bunga-bunga ni...alhamdulillah. Rumahku Syurgaku.

Demam Oh! Deman


















Salam Hari Sabtu 27 March 2010.


Saya memulakan hari dengan membawa anak ke klinik kerana demam. Andaian saya dia kena demam tonsil. Saya tiba jam 9.20 pagi di klinik. Sewaktu sampai doktor sedang merawat pesakit yang ke-10. Nombor saya 27. Bermakna saya kena tunggu dalam satu jam sebelum tiba giliran saya. Memandangkan anak tidak sihat [dia baring di seat belakang kereta sambil berselimut], saya mengajak suami ke pasar dulu, tapi hanya saya yang membeli, suami di kereta dengan anak. Jika kami tunggu di klinik pun no point kerana giliran kami lambat lagi.

Maka sempatlah saya membeli, ayam, hati ayam, ikan caru, ikan kerisi, ikan putih, sotong dan udang bersama-sama beberapa sayur untuk stok selama seminggu. Sebenarnya saya ke pasar seminggu sekali aje. Alhamdulillah, sepanjang pembelian saya, anak hanya tidur di belakang dan sekali-sekala suami memicit kepalanya. Lepas beli, cepat2 hantar balik ke rumah dan kemudian berpatah balik ke klinik. Saya tiba kembali di klinik dalam jam 10.25 pagi. Terus saya minta untuk buat pre-checking kerana saya dah daftar awal. Saya lihat ada seorang mak cik yang daftar bersama-sama saya awal pagi belum pun namanya di panggil. Merungut-runggut dia kerna lama menunggu. Saya rasa saya membuat keputusan tepat untuk tidak menunggu tadi.
Suhu badan diambil dan keputusannya 39%. MasyaAllah, tinggi nya !!!. Sepuluh minit menunggu, nama di panggil. Kata doktor ada nanak di tekak. Sudah tonsil tahap tinggi. Sebab tu tiba-tiba deman tengah malam semalam without warning. Tekak anak kena spray dan dia muntah sikit. Sudah selesai urusan dengan doktor, suami bawak anak kembali ke kereta dan saya menunggu ubat di kaunter. Jam 10.50 pagi maka selesailah segala urusan saya.

Walaupun banyak klinik di sini, tapi dari pemerhatian saya, he is so far the best doktor in town. Since born, rekod-rekod kesihatan anak ada denga dia. He knows apa yang dia selalu sakit dan ubat yang sesuai untuknya. No wonder keliniknya selalunya penuh sesak dengan orang ramai. Macam-macam kerenah manusia dapat dilihat tadi. Setiap kali lepas solat dan di mana saja, saya tidak lupa mendoa agar di berikan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga.


Sampai rumah, walaupun tak ada selera, saya paksa juga anak makan roti sikit sebelum makan ubat. Lepas tu terus dia tidur.



Sepanjang hari dia tidur aje, mungkin kesan ubat. Saya ambil towel basah untuk lap badan dan kepalanya. Bangun pun untuk makan tengahari, lepas tu tidur. Alhamdulillah, anak ada selera sikit makan nasi lauk kuah lemak dan ikan bakar. Petang, saya buatkan dia roti bakar dan malam tadi dia nak makan burger chicken McD.


Sepanjang malam, saya hanya tidur-tidur ayam aje. Setiap kali dia 'merengek' samada badannya panas atau kepalannya pening atau tekaknya sakit, saya pasti terjaga. Anak saya kalau demam kena bagi special attentian kerana demam tonsil yang mana suhu badannya tinggi dan kena sentiasa alert untuk menurukan suhu badannya sentiasa seperti mengelap badannya dengana towel basah.

Setiap kali lepas mandi, segar badanya dan boleh lah dia bercerita dengan saya dan suami sambil menonton tv. Mudah-mudahan esok keadaannya bertambah baik.

Sehingga kita jumpa lagi.

Saturday, March 27, 2010

Berita Yang Tak Mahu Di dengar


Semalam Jumaat 26 March 2010, saya memulakan hari seperti biasa. Seperti biasalah, jika ada apa-apa berita kat pejabat, selalunya awal pagi-pagi lagi saya dah diberitahu. Dan sememangnya hari Jumaat itu indah kerna saya mendapat berita yang saya tak mahu dengar. Mulut saya berzikir dan beristifar moga Allah swt memberikan saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang indah ini. Saya cuba melawan berita itu dengan mengembirakan hari sambil menari 'poco-poco' bersama-sama kawan-kawan sepejabat. Tak sesuai rasanya pagi-pagi Jumaat menari 'poco-poco'. Tapi kena juga menari. Ala-ala senam robik juga. Memang lucu melihat hambaNYA yang rata-rata dalam pertengahan usia ini menari. Terasa kembali muda. Tidak saya ceritakan berita itu kepada sesiapa pun. Biarkan jika mereka tahu pun bukan dari mulut saya.


Saya akan mengambil jalan positif. Ada hikmah di sebalik berita tersebut. Tanda saya bersyukur dengan nikmatNYA, saya bersedeka RM60 pada hari ini i.e RM50 saya bank-in ke akaun Mahaad Tahfiz Al-Quran di Kuantan dan RM10 saya kirim kat kawan supaya masukkan di tabung masjid masa solat Jumaat. Entahlah. Dikala hati saya berkecamuk, saya cuba meleraikan segala permasalah saya dengan bersedekah. Ini selalu saya lakukan.


Nak tahu apa saya masak malam tadi? Masakan orang malas. Ikan sardin tumis lada, ayam goreng tepung dan sayur campur goreng udang. Suami saya tak makan banyak tapi anak saya sampai bertambah 3 kali nasi. Seperti biasa saya suka gatah lauk aje bersama nasi dalam satu sudu.


Tiba-tiba dalam jam 10.45 pm, badan hero saya panas pulak. Saya rasa demam tonsil. Lama dah dia tak kena demam. Saya check peti ais, ada ubat deman bertarik 7-12-09, dah lebih 3 bulan. Saya tak yakin nak bagi dia makan. Suami ajak saya cari ubat kat klinik 24 jam. Berpusing kami satu bandar tapi tak ada satu klinik yang buka. Nasib baik ada supermarket 24 jam di sini dan mereka ada jual ubat-ubat demam, batuk yang biasa-biasa. Apalah pilihan yang saya ada. Saya beli ubat deman dan batuk dan bila sampai rumah terus bagi dia makan. Alhamdulillah, sehingga pagi dia nyenyak tidur tanpa ganguan. Tapi pagi ni, panas balik badannya. Lepas solat subuh tadi, sya bagi lagi ubat. Sekolah ganti hari ini pun tak pergi. Macam manapun, saya akan bawak dia jumpa doktor untuk ambil ubat yang proper. Silap-silap kena makan antibiotik.


Entah kenapa malam tadi saya tak boleh tidur. Rasanya jam 1 pagi baru saya tidur. Sebelum tidur tu saya berdoa agar Allah swt kejutkan saya untuk solat subuh. Biasanya bila saya tidur lewat dan esoknya hari tak berkerja pulak, saya selalu tak terjaga dan bangun lewat sampai tertinggal solat subuh. Tapi pagi tadi alhamdulillah, jam 5.20 pagi aje saya dah terjaga. Terus saya bangun untuk solat subuh. Allah swt maha menyayangi saya dan selalunya doa-doa saya tidak pernah ditolak olehNYA. Mana-mana yang saya hajatkan yang boleh dikurniakan olehNYA, saya reda kerana ada hikmat yang besar kenapa Allah swt masih menahannya. Ustad ada cakap jika kita reda dengan ujian Allah swt, keredaan kita tu Allah swt beri pahla tanpa henti kepada kita.


Sehingga jumpa lagi.

Hari Ini Dan Semalam


Agak lama saya menyepikan diri. Ini adalah entry saya yang pertama untuk tahun 2010. Banyak sebenarnya yang berlaku.


January - permulaan tahun dan sekolah, sibuk dengan anak yang masuk darjah 4. Hari pertama bulan January juga saya menerima berita yang memdebarkan tentang kerjaya saya. Suami pula sibuk dengan projek sekolahnya hingga hari ini pun tidak henti.


February - saya memulakan kerja baru di tempat yang baru. Hati berdebar2, antara nak dan tak nak. Kadang-kadanag hati saya juga memberontak juga dengan keputusan ini. Setiapa hari saya berdoa agar Allah swt permudahkan urusan pekerjaan saya dan hidup saya juga menutup aib saya di hadapan semua hambaNYA. Yang paling menarik abah, long, kakak ipar dan anak buah saya datang ke rumah semperna cuti raya cina. Meriah rumah saya. Kami masak laksa Johor. Sedapnya.


March - genap 1 bulan saya di tempat baru, saya kena marah dan indirectly di panggil "stupid" oleh seseorang. Sedihnya rasa hati saya. Tak ada semangat saya nak pergi kerja minggu tu. Pada saya, macamana kaya pun kita atau pandainya kita atau cantiknya kita, kita tak boleh menghina orang dengan bahasa-bahasa yang menyakiti hati orang. Hidup ini kan hanya sementara. Kalau kita buat sesuatu yang tak baik pada orang, nanti satu hari Allah swt akan balas balik kat kita.




Apa-apa pun semoga hari ini lebih baik dari semalam.


Jumpa lagi.