Saya memulakan hari Isnin di tempat kerja dengan hati yang berkecamuk. Mungkin dengan badan yang tak sihat, batuk-batuk dan sakit tekak menyebabkan saya tak ada mood nak kerja. Rancangnya nak amil MC half day tapi memikirkan kerja banyak, maka lepas makan tengahari tadi, saya ambil ubat batuk, deman dan sakit tekak. Saya cuba juga bertahan hingga petang.
Memandangkan semua oarang di rumah sakit, maka malam ni saya masak sup ayam bersama carrot, kentang dan makaroni, sambal sotong dan ulam timur aje.
Suami pula bercadang nak bawak saya menunaikan umrah pada cuti sekolah bulan Jun nanti. Hati saya seronok mendengar cadangan suami tapi dalam masa yang sama hati saya risau memikirkan siapa yang nak jaga anak saya masa saya tiada. Suami kata 'marilah kita pergi masa badan masih sihat lagi, nanti sakit susah pulak nak pergi'. Sebenarnya kali terakhir saya ke sana adalah pada hujung tahun 2007 semasa saya dan suami mengerjakan haji. Kami pulang pada awak tahun 2008. Tahun 2009 pula kami bercuti ke Eropah selama lebih kurang sebulan. Nah! sekarang 2010, suami mengajak saya kembali ke rumahNYA.
Bodoh jika saya menolak ajakan suami. Saya nyatakan juga kerisauan hati saya tapi suami kata 'setiap perbuatan baik yang kita nak lakukan mesti ada bisikan Syaitan yang akan mengoda kita supaya jangan kita lakukan. Kita tinggalkan aje le apa-apa yang kita sayang i.e anak-anak, harta benda, nanti sepeninggalan kita, Allah swt yang akan menjaganya'.
Ya, saya setuju dengan kata-kata suami. Banyak yang berlaku pada saya sejak bermulanya tahun 2010 ni. Mungkin di sana nanti akan saya cari ketenangan hati yang hilang dalam diri saya sejak 3 bulan yang lepas.
Doakan agar perancangan saya dan suami menjadi kenyataan untuk menjadi tetamu Allah swt di rumahNYA.
No comments:
Post a Comment