Saya lihat ada perubahan pada deman tonsil anak saya pada pagi Ahad. Selepas mandi, dia nampak segar dan nada suara percakapannya sudah bertenaga. Permintaannya untuk sarapan adalah 'pan cake McD'. Suami saya pun belikan dia sarapan in one package di McD iaitu 2 pan cake, coffee, kentang, madu dan butter. Satu pan cake tu habis dimakannya. Alhamdulillah.
Saya dan suami pula hanya makan kueh tiau goreng udang yang saya masak. Tengahari saya tak masak. Entah kenapa badan saya rasa macam nak demam dan tekak mula sakit sambil batuk-batuk. Selepas solat Zohor saya tidur hingga jam 5.30 petang. Rasa tak larat nak bawak badan. Malam tu saya pergi klinik ambil ubat batuk, demam, sakit tekak dan selsema. Agaknya virus anak saya dah berjangkit kat saya.
Hari ini saya lihat suami saya pula rasa nak deman dan batuk-batuk. Suami kata Allah swt nak uji aje ni. Cuba lihat balik kalau ada apa-apa yang dah kita buat yang Allah swt marah.
Termenung saya memikirkan kata-kata suami tadi.
No comments:
Post a Comment