Tadi lepas habis kerja, kami semua ke klinik lagu untuk pemeriksaan susulan dan ambil ubat baru. Doktor kata tekak anak masih ada tonsil, batuk pun belum kurang laig. So doktor bagi antibiotik yang lebih kuat, serta ubat asma. Saya baru tahu yang sekarang ni ada ubat 3-in-1 dah iaitu demam, batuk dan selsema di gabung menjadi satu ubat, tapi untuk ubat minum sahaja bukan bentuk tablet. Saya tanya kat nurse tu, bagus ke ubat gabung ni? Dia kata bagus. Tak apa. Saya cuba dulu, senang juga, sekali makan terus untuk 3 penyakit. Kos rawatan anak saya dalam RM125-00.
Untuk saya, doktor pun bagi ubat 3-in-1 juga berserta ubat asma dan antibiotik. Kos rawatan saya mahal sikit dalam RM150-00. Alhamdulillah, majikan saya ada memberikan kemudahan perubatan kepada semua pekerja termasuk ahli keluarga. Tak perlu saya risau tentang hal ini. Cuma pergi klinik, bawak kad medical, isi borang dan jumpa doktor.
Mudah-mudahan lepas makan ubat ni ada perubahan. Kita hanya ikhtiar, yang menyembuhkan penyakit ni hanyalah Allah swt.
No comments:
Post a Comment