Saturday, March 27, 2010

Berita Yang Tak Mahu Di dengar


Semalam Jumaat 26 March 2010, saya memulakan hari seperti biasa. Seperti biasalah, jika ada apa-apa berita kat pejabat, selalunya awal pagi-pagi lagi saya dah diberitahu. Dan sememangnya hari Jumaat itu indah kerna saya mendapat berita yang saya tak mahu dengar. Mulut saya berzikir dan beristifar moga Allah swt memberikan saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang indah ini. Saya cuba melawan berita itu dengan mengembirakan hari sambil menari 'poco-poco' bersama-sama kawan-kawan sepejabat. Tak sesuai rasanya pagi-pagi Jumaat menari 'poco-poco'. Tapi kena juga menari. Ala-ala senam robik juga. Memang lucu melihat hambaNYA yang rata-rata dalam pertengahan usia ini menari. Terasa kembali muda. Tidak saya ceritakan berita itu kepada sesiapa pun. Biarkan jika mereka tahu pun bukan dari mulut saya.


Saya akan mengambil jalan positif. Ada hikmah di sebalik berita tersebut. Tanda saya bersyukur dengan nikmatNYA, saya bersedeka RM60 pada hari ini i.e RM50 saya bank-in ke akaun Mahaad Tahfiz Al-Quran di Kuantan dan RM10 saya kirim kat kawan supaya masukkan di tabung masjid masa solat Jumaat. Entahlah. Dikala hati saya berkecamuk, saya cuba meleraikan segala permasalah saya dengan bersedekah. Ini selalu saya lakukan.


Nak tahu apa saya masak malam tadi? Masakan orang malas. Ikan sardin tumis lada, ayam goreng tepung dan sayur campur goreng udang. Suami saya tak makan banyak tapi anak saya sampai bertambah 3 kali nasi. Seperti biasa saya suka gatah lauk aje bersama nasi dalam satu sudu.


Tiba-tiba dalam jam 10.45 pm, badan hero saya panas pulak. Saya rasa demam tonsil. Lama dah dia tak kena demam. Saya check peti ais, ada ubat deman bertarik 7-12-09, dah lebih 3 bulan. Saya tak yakin nak bagi dia makan. Suami ajak saya cari ubat kat klinik 24 jam. Berpusing kami satu bandar tapi tak ada satu klinik yang buka. Nasib baik ada supermarket 24 jam di sini dan mereka ada jual ubat-ubat demam, batuk yang biasa-biasa. Apalah pilihan yang saya ada. Saya beli ubat deman dan batuk dan bila sampai rumah terus bagi dia makan. Alhamdulillah, sehingga pagi dia nyenyak tidur tanpa ganguan. Tapi pagi ni, panas balik badannya. Lepas solat subuh tadi, sya bagi lagi ubat. Sekolah ganti hari ini pun tak pergi. Macam manapun, saya akan bawak dia jumpa doktor untuk ambil ubat yang proper. Silap-silap kena makan antibiotik.


Entah kenapa malam tadi saya tak boleh tidur. Rasanya jam 1 pagi baru saya tidur. Sebelum tidur tu saya berdoa agar Allah swt kejutkan saya untuk solat subuh. Biasanya bila saya tidur lewat dan esoknya hari tak berkerja pulak, saya selalu tak terjaga dan bangun lewat sampai tertinggal solat subuh. Tapi pagi tadi alhamdulillah, jam 5.20 pagi aje saya dah terjaga. Terus saya bangun untuk solat subuh. Allah swt maha menyayangi saya dan selalunya doa-doa saya tidak pernah ditolak olehNYA. Mana-mana yang saya hajatkan yang boleh dikurniakan olehNYA, saya reda kerana ada hikmat yang besar kenapa Allah swt masih menahannya. Ustad ada cakap jika kita reda dengan ujian Allah swt, keredaan kita tu Allah swt beri pahla tanpa henti kepada kita.


Sehingga jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment