yang SATU
ditayang dengan bangga
dijaga dengan rapi
sering diceritakan
kepada rakan taulan
saudara mara
ipar duai
sambil gelak ketawa
bak kicau burung berterbangan
tanpa ada sempadan
tanpa ada halangan
yang SATU
mandi tak basah
makan tak kenyang
jika di depan mata
menatap yang SATU
umpama hidup
di awangan
kebangaanku yang SATU
kesenanganku yang SATU
kebahagiaanku yang SATU
aku dipandang mulia
kerna
aku ada
yang SATU
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. [2:155-157]
Saturday, August 15, 2009
Yang SATU 2
aku dihina
aku dikeji
aku diumpat
aku diherdik
aku dicaci
aku disumpah
aku dibenci
aku dimarah
aku dipulau
kerna yang SATU
adakah ini salahku
adakah ini kesilapanku
adakah ini takdirku
adakah ini penghujung
jalan hidupku
manusia berbangga
dengan yang SATU
manusia tersenyum
dengan yang SATU
manusia gembira
dengan yang SATU
kemegahan
kegembiraan
kekayaan
kesenangan
seolah dipuncak dunia
kerna yang SATU
tanpa
yang SATU
mata tidak melihat
telinga tidak mendengar
hidung tidak bernafas
tangan kaki tidak bergerak
dunia seolah lenyap
kerna
yang SATU itu
matlamat hidup
manusia
yang pendek akalnya
aku dikeji
aku diumpat
aku diherdik
aku dicaci
aku disumpah
aku dibenci
aku dimarah
aku dipulau
kerna yang SATU
adakah ini salahku
adakah ini kesilapanku
adakah ini takdirku
adakah ini penghujung
jalan hidupku
manusia berbangga
dengan yang SATU
manusia tersenyum
dengan yang SATU
manusia gembira
dengan yang SATU
kemegahan
kegembiraan
kekayaan
kesenangan
seolah dipuncak dunia
kerna yang SATU
tanpa
yang SATU
mata tidak melihat
telinga tidak mendengar
hidung tidak bernafas
tangan kaki tidak bergerak
dunia seolah lenyap
kerna
yang SATU itu
matlamat hidup
manusia
yang pendek akalnya
Yang SATU
aku bersyukur
banyak nikmat
yang ALLAH SWT
kurniakan
terbentang
dihadapanku
aku gapai nikmat itu
setiap hari
setiap saat
setiap detik
di setiap nafas dan nadiku
aku sentiasa
berdoa
untuk nikmat yang SATU
namun
belum ada rezekiku
aku reda
aku pasrah
jika ini
yang terbaik
buatku
namun
disudut hati
yang paling dalam
dalam setiap doaku
takala sembahyang
di setiap langkah perbuatanku
takala menjalani kehidupan
di setiap amalanku
seiring dengan nadi dan nafasku
aku berharap
suatu hari nanti
agar yang SATU
menjadi kenyataan
kegembiraan
bagiku yang terindah
jika tidak didunia
mudah-mudahan
di akhirat
AMIN
banyak nikmat
yang ALLAH SWT
kurniakan
terbentang
dihadapanku
aku gapai nikmat itu
setiap hari
setiap saat
setiap detik
di setiap nafas dan nadiku
aku sentiasa
berdoa
untuk nikmat yang SATU
namun
belum ada rezekiku
aku reda
aku pasrah
jika ini
yang terbaik
buatku
namun
disudut hati
yang paling dalam
dalam setiap doaku
takala sembahyang
di setiap langkah perbuatanku
takala menjalani kehidupan
di setiap amalanku
seiring dengan nadi dan nafasku
aku berharap
suatu hari nanti
agar yang SATU
menjadi kenyataan
kegembiraan
bagiku yang terindah
jika tidak didunia
mudah-mudahan
di akhirat
AMIN
Mati
mati
aku takut
sentiasa bermain-main di fikiranku
seolah-olah mengejarku
berada dimana-mana disekelilingku
dimindaku, dihatiku
disetiap nadi dan nafasku
mati
aku tak tahu bila
aku tahu setiap orang pasti mati
senarai kematian itu semakin panjang
berita kematian yang aku dengar
membuatkan aku sedih
walaupun aku tak tahu siapa
malah tak pernah pun mengenalinya
atau bertemu mesra
namun berita kematiannya
menyentap hatiku
aku sedih
aku menangis
terbayang dimindaku
bagaimana nasibnya disana
bagaimana pula nasibku
dimana aku mati
terbayang-bayang difikiranku
takala jasadku dimandikan
dikafankan
disembahyangkan
dan diletakkan di liang lahat
takutnya aku
persoalannya
bagaimana nanti aku mati
dimana kuburku
banyakkah amalanku
mati sentiasa dalam nadi dan nafasku
mengalir air mataku
tak siapa boleh menahan kedatangannya
aku takut
mati
bersediakah aku?
aku takut
sentiasa bermain-main di fikiranku
seolah-olah mengejarku
berada dimana-mana disekelilingku
dimindaku, dihatiku
disetiap nadi dan nafasku
mati
aku tak tahu bila
aku tahu setiap orang pasti mati
senarai kematian itu semakin panjang
berita kematian yang aku dengar
membuatkan aku sedih
walaupun aku tak tahu siapa
malah tak pernah pun mengenalinya
atau bertemu mesra
namun berita kematiannya
menyentap hatiku
aku sedih
aku menangis
terbayang dimindaku
bagaimana nasibnya disana
bagaimana pula nasibku
dimana aku mati
terbayang-bayang difikiranku
takala jasadku dimandikan
dikafankan
disembahyangkan
dan diletakkan di liang lahat
takutnya aku
persoalannya
bagaimana nanti aku mati
dimana kuburku
banyakkah amalanku
mati sentiasa dalam nadi dan nafasku
mengalir air mataku
tak siapa boleh menahan kedatangannya
aku takut
mati
bersediakah aku?
Monday, July 6, 2009
Pembantu Rumah
Sekarang ni sibuk dgn isu pembantu rumah. Saya ingin komen disini, menyampaikan pandangan saya dan apa yg saya rasa.
Saya lihat dan saya rasa, tanpa pembantu memang 'huru hara' kebanyakan rumah2 di Malaysia. Saya juga ada pembantu yg saya panggil 'BIBIK'. Tanpa bibik, hati saya tak tenang di office kerana minda terbahagi 2 iaitu bagaimana keadaan anak, dgn sekolahnya, makannya. Rumah pula dgn kain baju yg tak basuh, tak berlipat dan bergosok, itu belum lagi pinggan mangkok di dapur.
Secara peribadi saya sangat menghargai segala bantuan pembantu rumah. Keadaan rumah saya kemas, segala kain baju saya sekeluarga siap di basuh dan di gosok, dapur saya bersih, lantai rumah saya berkilat, bilik air bersih, pendek kata serba serbi menyenangkan. Saya tidak mengangap bibik sebagai 'hamba abdi' di rumah saya. Tidak pernah saya menyuruhnya membasuh kereta tapi longkang tepi rumah kenalah cuci seminggu sekali. Tidak pernah saya menyuruhnya membersihkan rumput2 di halaman rumah atau di pokok bunga saya sebab ada org yg membersihkannya 3 minggu sekali. Tapi saya lihat bibik ni bila petang2 suka membersihkan kawasan di halaman rumah. Ada dia tanam pokok chili api dalam pasu yg tak saya gunakan. Hidup subur pokok tu dan dapat saya merasa hasilnya.
Saya tidak pernah membawa bibik jika saya berjalan atau makan angin. Tapi saya pasti akan membelikannya buah tangan bila balik samada baju-t atau beg. Malah semasa ketiadaan saya, bibik yg menjaga keselamatan rumah saya malah kunci rumah pun beliau pegang. Saya mempercayainya dan bibik menjaga dan menghargai kepercayaan yg saya bagi.
Ada juga sekali-sekala saya tidak suka atau ingin menegurnya, tapi saya tidak lakukannya di hadapan anak. Saya tidak mahu anak saya tahu saya memarahi bibik atau menegurnya sebab nanti anak akan hilang rasa hormat pada bibik. Jika anak saya menegking bibik atau mengunakan bahasa yg kasar padanya, anak saya yg kena marah dgn saya. Saya didik anak supaya hormat kepada sesiapa sahaja termasuk bibik.
Saya tak faham kenapa masih ada org Malaysia yg mendera bibik mereka. Mungkin ini berpunca dari sikap bibik itu sendiri dan majikan yg merasakan dirinya hebat sangat. Hati saya terusik bila melihat majikan memarahi bibik terutama bibik2 yg sudah berumahtangga dan ada anak kecil di kampung yg ditinggalkan. Majikan mengelarkan mereka ni lembap, otak tiga suku dan macam2 lagi. Tapi saya lihat jika tidak disebabkan kehidupan mereka yg susah di kampung tentu mereka tak sanggup tinggalkan keluarga dan anak yg masih kecil kepada org tua atau saudara mara utk dijaga. Malah berhijrah ke Malaysia, bekerja di rumah org, membelai dan memberikan kasih sayang pada anak majikan sedangkan anak sendiri menjerit hatinya untuk terus di peluk ibu tapi apakan daya!
Cubalah faham wahai majikan2 di Malaysia, bagaimana jika anda di tempat bibik? Apa yg anda rasa? Bagi yg masih bujang, mereka tinggalkan mak bapak dan adik beradik. Tidak rindukah mereka pada keluarga yg ditinggalkan? Mestilah rindu. Dgn bekerja di rumah kita, bibik2 ini sebenarnya secara tidak langsung menumpang kasih kita. Janganlah di dera mereka.
Kita sesama makhluk sama saja di sini Tuhan. Yang membezakan kita di akhirat nanti adalah amal ibadah kita bukannya pangkat, harta, kedudukan dan wang ringgit kita.
Jadikanlah hidup bibik2 ini INDAH di Malaysia.

Puasa Isnin 13 Rejab
Alhamdulillah, berjaya juga saya berpuasa hari ni. Lama dah tak puasa. Saya kunci jam utk bangun sahur tapi tak terjaga pun. Namun begitu, saya tetap teruskan puasa. Mula2 pagi kat office OK, cergas, banyak assignment yg saya buat, tapi lepas zohor jam 2.30pm perut mula berbunyi dan badan rasa letih dan mengantuk. Bunyi perut berkeroncong tu saya rasa sangat merdu. Sambil fikiran saya melayang akan keadaan Rasulullah saw di mana dari buku yg saya baca, baginda dan keluarga kerap berlapar. Tetapi indahnya bila kita dalam keadaan lapar sebenarnya. Badan rasa ringan dan iman rasa kuat untuk menjalani ibadah puasa ni. Seronok sangat.
Balik kerja petang tadi, saya dah pesan bibik supaya goreng ayam dan kentang, sebab bila saya balik boleh saya terus masak. Menu saya berbuka
nangka masak lemak
ayam + kentang masak kicap pedas
sotong goreng tepung
Sotong tu menu anak sebab dia tak suka makan pedas.
Alhamdulillah atas segala nikmat berpuasa hari ini.
Hidup ini sesungguhnya sangat indah bagi yang betul2 menjiwainya.

Saturday, July 4, 2009
Rejab
Bulan Rejab dah kembali. Saya masih belum berkesempatan untuk berpuasa lagi. Rasanya saya nak start Isnin ni, puasa selang sehari hinggalah Ramadan. Saya juga ada azam tahun hijrah ni iaitu untuk qatam al-quran pada bulan ramadan nanti. So saya kena statr baca mulai Rejab lagi.
Ada org boleh qatam dalam masa satu bulan ramadan tapi saya tak mampu. Tuntutan kerja, masa yang terhad tidak membolehkan saya utk berbuat demikian. Saya akan mulakan bacaan saya bulan Rejab sehinggalah Syaaban dan saya ingin qatam sebelum masuk 21 Ramadan. Mudah-mudahan Allah swt permudahkan usaha dan azam saya ni.
Sewaktu saya menunaikan haji tahun 2007 yg lalu, saya sempat qatam hanya sekali sahaja al-quran dan membaca semua terjemahannya sehingga juz 13 sewaktu di sana. Selebihnya saya habiskan bacaan terjemahaan tersebut sewaktu di tanahair, itupun mengambil masa selama 4 bulan baru tamat. Lemah sungguh jiwa saya. Tapi alhamdulillah saya berjaya juga.
Di lain entry saya akan coretkan catatan saya sewaktu menunaikan haji. Banyak kenangan yang indah dan saya juga diuji dgn ujian yg amat mencabar.

Holland
Saya ada beberapa picture yang saya nak share di sini. Gambar ni dikirim oleh kawan saya. Actually, saya dah pernah ke Holland....tapi village ni tak jumpa pulak saya. May be kat dalam kawasan yg agak pendalaman sikit. Kalau ia tourist area mesti masuk dalam package. Ehmeeee..anyway, gambar ni cantik...tak boleh imagine kalau rumah kita kat sini cam tu. Rasa nya tak adalah mat2 lepak, semua dok rumah dan bersantai kat luar rumah aja. Tak yah gi swimming pool...heeeee terjun aje kat sungai tu.....kalau nak mandi....
Wedding
Last week 27 June 09, anak buah saya kahwin. Since saya tinggal jauh, tak dapatlah datang. Sebagai ingatan, saya kirimkan "flower basket" ni pada dia & hubby.
Amoi yang saya order bunga tu kirim kat saya picture ni. Heeemmm...cantik juga. Abah kata dia ada masa deliver bunga tu.....cantik. Adik saya pun ada....katanya cantik juga.
Anyway, saya puas hati dengan decoration bunga tu....berbaloi dengan harganya.
Buat Nana & Hubby, Selamat Pengantin Baru dan Semoga Bahagia Hingga Hujung Nyawa.

Saya nak mengucapkan Happy Belated Father's Day to all ayah, abah, daddy, papa di mana saja berada.
Saya masih ada seorang abah, umurnya 70 tahun. Di sini saya nak kongsi pemberian saya pada abah semperna hari bapa tahun ni.
Saya buat surprise "fruit basket" pada abah dan saya rasa abah terharu dapat surprise ni. Cantik tak? Geram tenguk buah-buahan tu...besar2 dan fresh2 ....
Saya nak kongsi result periksa anak saya. Dia dalam Tahun 3 di sekolah agama.
ada 5 subject yang wajib lulus iaitu
1. Al-Quran - B
2. Bahasa Arab - A
3. Imlak - B
4. Tauhid - C
5. Feqah - A
Lagi 5 subject adalah
1. Sejarah - B
2. Akhlak - A
3. Jawi - A
4. Tajwid - A
5. Khad - B
Keseluruhannya 5A 4B dan 1C. Keseluruhan peratusan 77.5%.
Alhamdulillah dengan result ini. Cuba kalau dia rajin sikit peratusan tu boleh naik dalam 80% dan ke atas. Subject Tauhid banyak kena buat revision lagi. Mudah-mudahan bila besar nanti boleh jadi "ustad", heeeee

Saturday, June 13, 2009
Kenapa perempuan muslim tidak bertudung?
Saya masih belum ada lagi jawapan yang memuaskan hati saya kerana pada saya apa pun alasannya, pemakaian tudung itu adalah WAJIB sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuhan pencipta yang agung. Walaubagaimanapun, saya ada beberapa andaian yang mungkin menjadi sebab kenapa tidak bertudung:
1. Kurangnya pengetahuan agama
2. Takut tak boleh sosial
3. Nanti rambut rosak
4. Susah dapat kerja
5. Rambut itu mahkota wanita, so kena tunjukkan lah...
6. Hidayah tak sampai
7. Tahu pakai tudung itu wajib tapi buat2 tak tahu
8. Bila mati kubur lain2
9. Mak pun tak bertudung, takklan anak nak pakai tudung
10. Tak ada budjet nak beli tudung
Entahlah, tapi saya sedih melihat ramainya wanita islam tidak bertudung dan jika adapun yang bertudung, ada yang kain tudungnya jarang, bertudung tapi pakai seluar ketat atau kain terbelah dan macam2 fesyen lagi. Seolah2 pemakaian tudung ni satu trend dan bukannya satu suruhan WAJIB yang mesti kita patuhi.
Hidup ini indah tetapi kitalah yang menjadikannya "dosa".

Thursday, June 11, 2009
Kenapa saya create blog?
Lama dah saya memikirkan untuk create blog sendiri sebagi permulaan hidup saya yang indah ini. Macam-macam yang saya ingin coretkan, tentang kehidupan yang tidak akan ada penghujungnya melainkan kematian.
Sekarang saya bersedia untuk menulis sebagi luahan satu perasaan dan persoalan tentang hidup yang indah ini walaupun sementara ini.
Moto hidup saya "Everyday is a new day. Feel good and enjoy what you do".
Itulah yang saya lakukan sepanjang pernafasan saya 36 tahun yang lalu. Setiap cabaran, dugaan dan musibah yang datang kepada saya dan keluarga, saya terima dengan penuh syukur dan redha kerana kehidupan di dunia ini adalah satu permainan yang melalaikan.
Nantikan coretan-coretan saya seterusnya.

Subscribe to:
Comments (Atom)