Alhamdulillah, berjaya juga saya berpuasa hari ni. Lama dah tak puasa. Saya kunci jam utk bangun sahur tapi tak terjaga pun. Namun begitu, saya tetap teruskan puasa. Mula2 pagi kat office OK, cergas, banyak assignment yg saya buat, tapi lepas zohor jam 2.30pm perut mula berbunyi dan badan rasa letih dan mengantuk. Bunyi perut berkeroncong tu saya rasa sangat merdu. Sambil fikiran saya melayang akan keadaan Rasulullah saw di mana dari buku yg saya baca, baginda dan keluarga kerap berlapar. Tetapi indahnya bila kita dalam keadaan lapar sebenarnya. Badan rasa ringan dan iman rasa kuat untuk menjalani ibadah puasa ni. Seronok sangat.
Balik kerja petang tadi, saya dah pesan bibik supaya goreng ayam dan kentang, sebab bila saya balik boleh saya terus masak. Menu saya berbuka
nangka masak lemak
ayam + kentang masak kicap pedas
sotong goreng tepung
Sotong tu menu anak sebab dia tak suka makan pedas.
Alhamdulillah atas segala nikmat berpuasa hari ini.
Hidup ini sesungguhnya sangat indah bagi yang betul2 menjiwainya.
No comments:
Post a Comment