Bulan Rejab dah kembali. Saya masih belum berkesempatan untuk berpuasa lagi. Rasanya saya nak start Isnin ni, puasa selang sehari hinggalah Ramadan. Saya juga ada azam tahun hijrah ni iaitu untuk qatam al-quran pada bulan ramadan nanti. So saya kena statr baca mulai Rejab lagi.
Ada org boleh qatam dalam masa satu bulan ramadan tapi saya tak mampu. Tuntutan kerja, masa yang terhad tidak membolehkan saya utk berbuat demikian. Saya akan mulakan bacaan saya bulan Rejab sehinggalah Syaaban dan saya ingin qatam sebelum masuk 21 Ramadan. Mudah-mudahan Allah swt permudahkan usaha dan azam saya ni.
Sewaktu saya menunaikan haji tahun 2007 yg lalu, saya sempat qatam hanya sekali sahaja al-quran dan membaca semua terjemahannya sehingga juz 13 sewaktu di sana. Selebihnya saya habiskan bacaan terjemahaan tersebut sewaktu di tanahair, itupun mengambil masa selama 4 bulan baru tamat. Lemah sungguh jiwa saya. Tapi alhamdulillah saya berjaya juga.
Di lain entry saya akan coretkan catatan saya sewaktu menunaikan haji. Banyak kenangan yang indah dan saya juga diuji dgn ujian yg amat mencabar.
No comments:
Post a Comment