Sekarang ni sibuk dgn isu pembantu rumah. Saya ingin komen disini, menyampaikan pandangan saya dan apa yg saya rasa.
Saya lihat dan saya rasa, tanpa pembantu memang 'huru hara' kebanyakan rumah2 di Malaysia. Saya juga ada pembantu yg saya panggil 'BIBIK'. Tanpa bibik, hati saya tak tenang di office kerana minda terbahagi 2 iaitu bagaimana keadaan anak, dgn sekolahnya, makannya. Rumah pula dgn kain baju yg tak basuh, tak berlipat dan bergosok, itu belum lagi pinggan mangkok di dapur.
Secara peribadi saya sangat menghargai segala bantuan pembantu rumah. Keadaan rumah saya kemas, segala kain baju saya sekeluarga siap di basuh dan di gosok, dapur saya bersih, lantai rumah saya berkilat, bilik air bersih, pendek kata serba serbi menyenangkan. Saya tidak mengangap bibik sebagai 'hamba abdi' di rumah saya. Tidak pernah saya menyuruhnya membasuh kereta tapi longkang tepi rumah kenalah cuci seminggu sekali. Tidak pernah saya menyuruhnya membersihkan rumput2 di halaman rumah atau di pokok bunga saya sebab ada org yg membersihkannya 3 minggu sekali. Tapi saya lihat bibik ni bila petang2 suka membersihkan kawasan di halaman rumah. Ada dia tanam pokok chili api dalam pasu yg tak saya gunakan. Hidup subur pokok tu dan dapat saya merasa hasilnya.
Saya tidak pernah membawa bibik jika saya berjalan atau makan angin. Tapi saya pasti akan membelikannya buah tangan bila balik samada baju-t atau beg. Malah semasa ketiadaan saya, bibik yg menjaga keselamatan rumah saya malah kunci rumah pun beliau pegang. Saya mempercayainya dan bibik menjaga dan menghargai kepercayaan yg saya bagi.
Ada juga sekali-sekala saya tidak suka atau ingin menegurnya, tapi saya tidak lakukannya di hadapan anak. Saya tidak mahu anak saya tahu saya memarahi bibik atau menegurnya sebab nanti anak akan hilang rasa hormat pada bibik. Jika anak saya menegking bibik atau mengunakan bahasa yg kasar padanya, anak saya yg kena marah dgn saya. Saya didik anak supaya hormat kepada sesiapa sahaja termasuk bibik.
Saya tak faham kenapa masih ada org Malaysia yg mendera bibik mereka. Mungkin ini berpunca dari sikap bibik itu sendiri dan majikan yg merasakan dirinya hebat sangat. Hati saya terusik bila melihat majikan memarahi bibik terutama bibik2 yg sudah berumahtangga dan ada anak kecil di kampung yg ditinggalkan. Majikan mengelarkan mereka ni lembap, otak tiga suku dan macam2 lagi. Tapi saya lihat jika tidak disebabkan kehidupan mereka yg susah di kampung tentu mereka tak sanggup tinggalkan keluarga dan anak yg masih kecil kepada org tua atau saudara mara utk dijaga. Malah berhijrah ke Malaysia, bekerja di rumah org, membelai dan memberikan kasih sayang pada anak majikan sedangkan anak sendiri menjerit hatinya untuk terus di peluk ibu tapi apakan daya!
Cubalah faham wahai majikan2 di Malaysia, bagaimana jika anda di tempat bibik? Apa yg anda rasa? Bagi yg masih bujang, mereka tinggalkan mak bapak dan adik beradik. Tidak rindukah mereka pada keluarga yg ditinggalkan? Mestilah rindu. Dgn bekerja di rumah kita, bibik2 ini sebenarnya secara tidak langsung menumpang kasih kita. Janganlah di dera mereka.
Kita sesama makhluk sama saja di sini Tuhan. Yang membezakan kita di akhirat nanti adalah amal ibadah kita bukannya pangkat, harta, kedudukan dan wang ringgit kita.
Jadikanlah hidup bibik2 ini INDAH di Malaysia.
No comments:
Post a Comment