Susah sangat ke nak memahami hati orang tua? Atau ada tindakan mereka sewaktu muda yang tidak disenangi oleh anak. Hal2 semacam ni hanya anak2 saja yg dapat memberikan jawapannya. Orang luar hanya boleh menasihat dan memberi pendapat.
Namun begitu, saya bersimpati dengan mak-mak sebegini. Ada satu kes. Masa muda, mak ni sibuk jual kuih, cari duit. Hal2 rumahtangga, mak tidak berapa ambil pusing. Semua bapak yg urus seperti sapu lantai, basuh baju, mandikan anak yg kecil, iron baju dsb. Anak2 ada 6 orang. Bila anak dah dewasa, masing2 ada kerjaya dan hidup senang. Rumah hanya tinggal mak dan bapak. Tetapi mak masih berjualan, buat kuih. Tak berapa kisah dgn anak, menatu cucu yg pulang menziarah. From the body language, mak tak suka anak2 pulang, cam menyusahkan dia aje. Nak masak utk mereka. Mak tak boleh nak buat kuih berjualan. Entahlah, mak cam ni pun ada dalam dunia.
Inilah dikatakan manusia. Allah dah kurniakan dia rezeki anak ramai dan anak berjaya, tapi dia sebagai mak tak berapa suka. Anggap mereka ni menyusahkan hidup mak.
Yang tak ada anak pula mengharapkan Allah kurniakan anak yang ramai. Yang tak ada mak pula berharap ada mak yang baik dan menyanyangi anak2.
Semua ni Allah dah atur dalam hidup seseorang. Allah maha mengetahui apa yang terbaik pada hamba-hambanya. Allah takkan beri ujian kepada hambanya selainkan Allah tahu bahawa hambanya itu akan menlalui ujian yang diberikan dengan redha dan jalan sabar.
Cukuplah sekadar renungan.
No comments:
Post a Comment