Wednesday, October 5, 2011

Takut DOSA

Kenapa semua orang suka menayangkan anak, rumah yg besar, suami yg hensem & baik serta kebahagian yg dimilikinya pada semua org? What’s the intention? Utk org jelous dengan your happiness? To tell that world that you’re the most luckiest human on earth?

Entahlah. This is my observation. Memang org suka tayang2 especially anak. Tapi for anak if result exam baik, if bawak anak jalan2, if anak cantik and all the good things about anak. Yg bad things? Simpan dalam2. Jangan sesiapa pun tahu. Especially kat FB. Berbangga sungguh dgn anak yg lulus periksa dgn cemerlang, anak cantik, anak baik, go holiday overseas. Lepas tu ada kekawan FB pun give comments memuji  berbagai. So berbalas2 comments lah geng2 FB ni. Kembang kuncup hidung mak nye bila anak2 dpat pujian melambong dari kekawan FB. Seantaro dunia tahu!!! Sampai anak nak ambil ezam pun cerita dalam FB. Siap berdoa lagi utk anak yg gi periksa tu. If nak doa, doa ajelah. Lepas solat or bangun tengah malam, buat solat hajat, solat tahajjut, doa banyak2 mintak dgn Allah swt. Itu pun nak cerita dalam FB ke? Tak faham sunggu aku.

Rasanya ini fitrah manusia. Suka dipuji. Berbangga dengan anak yg ramai dan berjaya. Bagaimana dengan yg tak ada anak? Atau ada anak tapi anak tak berjaya? Apa perasaan mereka ya?

Bagi saya, saya tak suka dengan hal2 sebegini. Saya tak suka bercerita tentang hal anak saya pada orang. Saya hanya share denga suami dan ahli family yg rapat aje i.e yg betul2 nak tahu perkembangan anak saya. Mulut saya ni takkan memandai2 bercerita pada kekawan FB ke, kekawan opis ke atau anybody pasal anak or family saya. Saya kunci rapat2 apa yg berlaku pada anak, pada suami dan pada my marriage to everyone. Saya kedekut cerita? Tidak. Cuma saya takut melakukan dosa. Dosa mengumpat. Dosa berbangga diri. Dosa membuka aib orang. Dan berbagai dosa2 lain yg saya sedar atau tidak.

Kadang2 bila saya dapat berita gembira atau saya berjaya dgn kerjaya saya, saya rasa nak cerita di FB tetapi saya lawan nafsu hati saya. Saya kongsi dgn suami, anak & family rapat aje. Nobody knows. Sama juga waktu saya susah. Saya simpan rapat2 juga segala problem saya dalam hati dan bincang dgn hubby. That’s it.

Terpulang pada matlamat & tujuan hidup masing2. Yg pasti, pada saya, dalam hidup ni, saya takut melakukan dosa kerana saya tak tahu samada saya ada kesempatan untuk mintak maaf atau tidak. Saya tidak mahu di akhirat nanti, saya akan ditanya oleh pencipta saya dan saya tiada jawapan. Biarlah orang kata saya kera sumbang, saya sombong, saya tak social tapi saya tahu dunia ini hanya sementara aje. Biarlah orang buat saya, jangan saya buat kat orang.

Saya banyakkan sedekah kerana saya tahu bersedekan itu dapat menghapuskan dosa.

Hingga jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment