Sunday, May 2, 2010

Bergaduh Dengan Suami

Salah saya ke? Di sebabkab perkara kecil, suami marah-marah dan meninggikan suaranya pada saya. Saya hanya cakap aje. Tak ada pun nak marahkan dia kerana dia tak nampak saya. Tpai dia jadikan isu ni besar dan dia tengking dan mengejek-ejek saya. Saya bukannya barang. Saya manusia yang ada hati dan perasaan.

Sampai satu tahap, suara saya pun kuat dan menengking dia balik. Terkejut dia tenguk tindakan saya. Siap dia cakap yang dia menyesal ambil saya. Saya balas balik lepas ni tak payah susah-susah pasal saya. Saya boleh uruskan diri saya sendiri. Pergi kerja, pergi pasar, pergi klinik, pergi bank atau apa saja urusan hidup saya. Biasalah perempuan, mestilah saya menangis. Memang saya kesal dengan sikap dia. Saya cakap kalau nak berpisah pun tak apa, berpisahlah.

Satu hari saya tak boleh kerja. Air mata rasa nak mengalir aje. Kepala pun kena migrain. Tup-tup dia hantar sms, minta maaf. Saya tak balas pun. Balik rumah, saya langsung tak pandang muka dia atau cakap dengan dia. Saya buat tak tahu saja. Kalau dia kat depan, saya gi dapur. Tak gentelman langsung. Minta maaf pakai sms. Bila kat rumah, tak ada pun nak minta maaf dengan saya. Saya pun buat tak tahu saja. entah kenapa, kali ni hati saya keras betul! Tapi memang saya betul-betul kecil hati dengan kata-kata dia pada saya.

Masuk hari ni dah hampir seminggu kami gaduh. Apa-apa pun, suara anak yang membuatkan saya masih lagi betah di rumah. Tapi hati saya kosong dan saya rasa begitu keseorangan. Kalau tak kuat iman, mahu saja saya buka hati saya pada lelaki lain.

Memang lelaki ni ego , ego, ego dan ego.

No comments:

Post a Comment