Tuesday, May 4, 2010

Selamat Hari Lahir

Wajar ke saya ucapkan selamat hari lahir kepada orang yang telah pergi mengadap Ilahi? Tak apalah. Sebagai tanda ingatan saya ingat coretkan juga di sini.

Setiap tanggal 3 Mei adalah hari ulangtahun kelahiran arwah mak saya. Arwah mak telah tiada lebih kurang 5 tahun yang lalu. Namun begitu setiap 3 Mei saya tidak lupa tarikh keramat itu. Tak banyak kenangan saya meraikan hari ulang tahun kelahiran mak. Saya cuba fikirkan tapi almost tak ada kenanganlah. Saya ingat pernah beri mak bunga tapi itu bukan masa ulangtahun kelahirannya tetapi masa beliau bersara umur 55 tahun dengan ucapan "Selamat Bersara".


Mungkin hanya selepas beliau tiada, baru saya tercari-cari beliau untuk meraikan hari ulang tahunnya. Memang saya ni anak yang tak mengenal budi. Entahlah, tetapi saya ada sebab yang tersendiri kenapa tak ada kenangan saya dengan arwah mak meraikan hari yang bermakna itu. Biarlah ianya menjadi rahsia saya sehingga ke lubang kubur. Kerana banyak kenangan yang pahit dari yang manis. Nak cerita pun tak baik kerana arwah pun dah tak ada. Akan saya simpan rahsia ini dalam-dalam. Hanya saya dan arwah saja yang tahu sebab dan musababnya. Ustad ada kata jika kita tutup aib orang, nanti di akhirat Allah swt akan tutup aib kita.


Namun begitu, mak tetap mak. Setiap kali solat, saya tidak lupa mendoakan agar beliau sejahtera di sana. Apa pun yang berlaku, 3 Mei tetap tidak akan saya lupa sehingga akhir hayat.


Selamat Hari Lahir Mak!!

No comments:

Post a Comment