Sejak saya bergaduh dengan suami ni, hati saya betul-betul rasa kosong. Saya rasa tak ada sapa saya nak tuju dan kongsikan perasaan saya ni.
Semalan saya duduk di buaian di halaman rumah dan saya terkenangkan saudara-mara saya yang telah pergi menghadap PenciptaNYA. Senarai kematian itu semakin panjang. Saya terfikir yang itu janji Allah swt yang akan menciptakan kelahiran dan kematian, kesedihan dan kegembiraan dsb. Macam tak percaya saja orang yang pernah saya kenal, pernah rapat dengan saya dah tak ada. Rindunya hati saya pada mereka begitu memuncak!
Kalaulah masa boleh berputar, akan saya ubah kehidupan saya. Akan saya berbakti pada mereka. Akan saya menghayati hidup ini dengan indah dan list 'akan saya' semakin panjang.
Indah ke mati itu? Sampai satu tahap disebabkan tekanan kehidupan dengan suami ni, sambil memandu, saya berdoa pada Allah swt, 'jika mati itu lebih baik bagiku, maka ambillah nyawaku dan jika hidup itu lebih baik bagiku, maka berilah aku jalan keluar tentang masalah ku ini'.
Saya amat faham bahawa hidup ini sementara aja dan saya takut mati kerana amalan saya sikit sangat. Tetapi kehidupan ni betul-betul mencabar minda, hati dan perasaan saya.
Ya Tuhanku, berilah aku kekuatan, kesabaran dan sebaik-baik jalan keluar yang engkau redai.
AMIN.
No comments:
Post a Comment