Baru dapat tahu, kakak kepada kawan saya telah meninggal dunia pada 24 Julai yg lalu kerana sakit kanser. Umurnya baru 42 tahun. Tak tahu saya kanser apa.
Bila mendengar berita kematian ni, tangan saya mengeletar dan mata saya terbayang-bayang akan arwah. Saya tak rapat dgn arwah tapi saya kenallkan dia.
Itulah kepada Allah kitd dtg dan kepadanya kita akan kembali. Rasa macam mimpi aje. Tak ada yang kekal di dunia ni. Saya takut akan kematian kerana tak bersedia. Saya banyak dosa. Macammana jika is berlaku pada saya. Tak boleh cepat atau lewat. Semuanya dah tertulis. Takutnya!!!
Saya banyak membaca buku2 tengan alam kubur, apa yg berlaku pada mayat, alam barkzah dan semuanya tentang kubur. Itu yg saya takut sangat. Amalan saya tak cukup untuk menjawap soal kubur.
Kdang2 saya nak lepaskan semua nikmat hidup ni, pergi menyediri kat mana2, buat amal ibadah sebanyak-banyaknya. Berbuat baik pada semua orang. Sedekah semua harta saya pada orang susah. Kalau boleh masa saya nak mati nanti, harta yg tinggal kat saya hanya baju yang saya pakai aje. Boleh tak?
No comments:
Post a Comment