Tuesday, August 31, 2010

Khatam Al-Quran

Saya tidak pernah khatam pembacaan al-quran sehingga saya berumur hampir 40 tahun sewaktu di Mekah menunaikan fardhu haji. Itulah pertama kali seumur hidup. Bayangkan, betapa lemahnya iman saya.

Sewaktu kecil, saya mengaji dengan beberapa ustad & diakhirinya dengan mak yang mengajar. Itupun sampai juzuk belas-belas saja kerana mak kata saya dah boleh baca, maka dia suruh saya baca sendiri. Maklumlah zaman remaja, mana fikir nak khatam apatahlagi bila disuruh baca sendiri. Sehinggalah saya di tingkatan lima. Di sekolah waktu tu ada solat hajat untuk student nak ambil periksa SPM. Salahs atu aktiviti baca Yassin. Pertama kali saya dengan ada "Surah Yassin". Saya lihat kawan saya yang sama-sama solat hajat lancar membaca surah Yasin bersama para ibubapa yang lain. Tetapi saya, merangkak-rangkak. Betapa malunya saya.

Di kolej, saya mula membaca surah Yasin ketika malam Jumaat, sehingga saya agar lancar membacanya. Tetapi membaca surah-surah lain dalam Al-Quran belum saya praktikkan.

Memulakan alam rumahtangga & pekerjaan menuntut masa yang tidak pernah habis. Saya solat dan hanya akhirinya dengan bacaan doa dan kadang-kadang baca surah Yasin pada malam Jumaat kerna ia dah jadi macam kebiasaan saya semasa di kolej.

Sehinggalah saya menunaikan fardhu haji. Sebelum pergi suami menghadiahkan saya Al-Quran terjemahaan dalam bahasa melayu. Saya seronoh keran itulah pertama kali saya dapat Al-Quran dengan hurufnya yang jelas untuk di baca berserta maknanya. Saya bawa bersama-sama ke Mekah. Memulakan pembacaan di Madinah dan saya dapat khatam sebelum waktu wukuf di arafah. Saya juga dapat membaca hampir separuh makna-makna Al-Quran ketika di sana. Pertama kali seumur hidup saya khatam Al-Quran. Gembira, sedih, terharu, perasaan saya bercampur baur. Betapa lemahnya iman saya.

Bila balik dari mekah, tidak terbuka lagi hati saya untuk membaca al-Quran. Sehinggalah 2-3 tahun kemudian ketika saya ditimpa musibah berkaitan dengan pekerjaan saya dan teman-teman di pejabat. Dalam memujuk hati dengan musibah yang berlaku, saya mengambil al-Quran dan mula membacanya. Ketika itu pertengahan bulan Oct 2009. Berapa lama baru saya khatam? Tentu orang tak percaya. Saya mengambil masa "hanya" satu TAHUN untuk khatam!!!. Saya mengakhiri bacaan saya pada 1 Nov 2010 selepas solat Maghrib. Ya Allah, betapa lemahnya iman saya lagi. Saya cuba khatam pada bulan Ramadhan 2010 tetapi saya tak mampu. Setika Ramadhan, saya dalam pembacaan juzuk 21. Sepanjang Ramadhan, saya berjaya tamatkan hanya 2 juzuk. Jika orang lain boleh khatam 30 juzuk, saya pula hanya 2 juzuk!!.

Kini, pada 8 Nov 2010 bersamaan 1 Zulhijjah 1431H, saya memulakan kembali bacaan saya pada Surah Al-Baqarah. Kali ni tak tahulah berapa lama masa yg saya ambil untuk khatam.

Diantara 1 Nov hingga 8 Nov, saya rasa hidup saya kosong kerana tidak membaca Al-Quran. Saya tercari-cari 'sesuatu'. Saya terasa kehilangan. Sebab itulah saya mulakan kembali bacaan Al-Quran pada 8 Nov.

Sekarang, setiap hari saya mesti baca walaupun hanya satu muka, terutamanya selepas solat Maghrib sambil menunggu solat Ishak. Membaca sambil melagukan bacaan Al-Quran merupakan terapi untuk saya, dapat menenangkan hati saya dan saya rasa Allah SWT dekat dengan saya. Sambil membaca, saya membayangkan keadaan Nabi Muhammad SAW sewaktu menerima ayat/wahyu itu dari Allah SWT. Betapa bertuahnya saya dilahirkan sebagai Islam dan dapat membaca ayat-ayat agung ini.

Kini semana sahaja saya pergi, dlam negeri, luar negara, saya mesti membawa Al-Quran kesayangan saya. Malah saya pernah membacanya dalam kapalterbang selama 1 jam tanpa henti sewaktu dalam perjalana ke Kuching dalam bulan Ramadhan. Di hotel, di rumah ayah, saya akan tetap membacanya. Perjalanan langkah saya di bumi ni seiring dengan Al-Quran yang akan saya gendong bersama-sama saya sehingga ke akhir hayat saya. Saya rasa selamat berada di sisinya.

No comments:

Post a Comment