Cuaca pagi hari ini tenang dan cerah. Matahari tidak terlalu terik. Adakah malam tadi malam "Lailatulqadar"? Malam yg dicari-cari dan ditunggu-tunggu oleh semua?
Dapat aku melaksanakan solat tahajut, solat taubat dan solat hajat sebelum ditutup dengan solat witir. Pembacaan aku sehingga hari ini adalah pada Surah Al-Mumin Juz 24. Aku cuba menghabiskan hingga Juz 30 sebelum akhir Ramadhan ini tetapi aku juga hanya insan yg lemah dan imanku umpama papan Bursa Malaysia. Tapi itulah azamku dari mula-mula Ramadhan lagi.
Malu aku katakan yg sebenarnya pembacaan Al-Quran ni sudah aku mulakan dari tahun lepas dalam awal Bulan October 09' dan sehingg hari ini masih belum khatam2 lagi. Betapa lemahnya imanku. Seumur hidupaku, jika aku berjaya khatam pembacaanku ini, ini adalah kali kedua aku berjaya khatam Al-Quran. Pertama, ketika aku menunaikan Haji tahun 2007. Bayangkan pertama kali seumur hidup. Masa aku muda belia dulu, aku tak khatam Al-Quran. Kali ni aku baca Al-Quran yg ada terjemahannya sekali. Sambil aku baca, aku boleh terus baca terjemahannya sekali. Cubalah baca Suar Al-Ahzab. Takut dan ngeri bila baca terjemahannya.
Macamanapun, setiap hari, aku mesti baca Al-Quran walaupun hanya 5 ayat. Mesti baca!!. Bila time "cuti", terasa sangat hati aku kosong cos tak boleh baca.
Aku pernah baca Al-Quran sepanjang perjalannanku dari tempat tinggalku hingga ke Kuching. Penerbangan MAS yg mengambil masa 1 jam. Aku membaca tanpa henti, sampai lidahku penat. Memandangkan aku selalu "terbang" dan aku terlalu banyak menonton "Air Crash Investigation", menaiki kapakterbang ni memang sesuatu yg menakutkan aku. Setiap kali aku naik, seolah-olah inilah perjalananku yg "terakhir". Setiap kali aku keluar daerah, kitab Al-Quran tidak pernah aku tinggalkan, akan sentiasa bersama aku di dalam beg tanganku di mana sahaja. Dan aku akan membacanya dimana sahaja tanpa jemu.
Mudah-mudahana aku berjaya khatam Al-Quran pada Ramadahan 1431H.
Till then, wasalam.
No comments:
Post a Comment