Wednesday, August 3, 2011

Pengalaman Rasa Antara Hidup & Mati

Flight ke xxxx delay. Suppose to depart at 6.45, delay sampai 7.05pm.
Flight full, ini last flight ke xxxxx, esok org kerja n sekolah buka
Ada lebih kurang dlm 20 budak. Anak jumpa class mate dia 4 org malam tu satu flight.

Masa atas flight hubby baca Star, dia kata kat Philippine ada taufan. Mungkin xxxxx pun effect. Masa hubby cakap tu kita tak adalah feeling apa-apa pun.

Gegaran start berlaku masa tengah makan malam. Kapal bergoyang tapi tak lama kejap aje….So, kita pun continue makan…lepas tu tidur.

Jam 9.00 mlm, kapal dah approach xxxx area. Kena pakai seat belt. Since kita duduk row 17, nampaklah sayap pun dah start turun utk landing. Masa ni start goyang dah. Hati dah mula rasa takut. Anak tidur lagi, kepala atas riba kita. Anak duduk tepi tingkat, kita tengah, hubby tepi lorong. Kat luar tak nampak gelap tapi putih cos langgar awan tebal disamping lighting dan hujan. Hubby pegang tangan kita, kita pegang badan anak. Mulut dah baca2 dah. Adalah dlm 10 minit bergoyang tu tiba-tiba rasa kapal naik atas. Bila dah stabil, captain announce tak boleh landing xxxx  cos ada huge understorm, heavy wind and rain. So kena landing xxxxx

Dari xxxxx to xxxxxx, kita ingat OK rupanya lagi teruk. Kapal bergoyang lagi teruk dari masa kat xxxxxx tadi dan tiba-tiba semua org melayang i.e terbangun dari tempat duduk dan duduk balik. Semua org menjerit. Haaaaaaa masa ni baru anak sedar dari tidur pasal dia pun melambung. Jantung kita rasa berhenti. Hubby suruh ketatkan seat belt. Masa melambung tu kita dah bertakbir, air mata dah mengalir. Mata takut tenguk luar cos tak nampak apa2 except putih dan tunder, lightning. Anak tanya mama kenapa ni? Kita kata kat anak ada ribut kat luar, kita suruh dia baca al-fatiha banyak2. tangan kiri kita peluk dia, tangan kanan kita hubby peluk. Kapal masih lagi  bergoyang goyang dengan kuat. Dalam 15 minit lepas kena lambungan yang pertama, semua org kena lagi lambungan yg kedua. Kali ni lagi kuat org melantun. If tak ada seat belt tu silap2 kepala kena bumbung kapal. Semua jerit, hubby dan kita bertakbir kuat, rasanya semua org masa tu bertakbir dah!! Dengan enjin kapal yg kuat, bunyinya semacam ajeeeeee, dengan kapal bergoyang kuat, dekat luar nampak putih aje, sayap dah turun, tayar dah turun tapi tak boleh juga landing cos kapal bergoyang kuat sangat, masa tu ingat nak mati dah. Org kata bila nak mati tak nampak hidung. Memang masa tu kita tak nampak dah hidung kita…..Tangan kaki rasa kebas nak stabilkan badan dlm keadaan kapal bergoncang, kita toleh kat hubby minta ampun maaf atas dosa2 kita kat dia kalau apa2 berlaku, minta halal dunia akhirat, hubby tak tercakap apa2, muka dia pucat dan dia pun nangis juga….dia gengam erat tangan kita, dia suruh kita peluk anak kuat2…..masa nilah terbayang wajah arwah mak, atok, pak lang, pak uda dan semuanya lah saudara mara yg dah mati…..dalam hati kata…kalau inilah caranya kita mati…tak apalah kita reda…..mulut tak henti2 mengucap dan bertakbir….kalau terhempas dan mati biarlah zikir takbir tu jadi kata2 terkahir yg keluar dari mulut…….dalam kapal bergoyang tu hati ni berdoa juga agar Allah selamatkan kapal ni dan mendarat di mana-mana tanah pun di bumi tak kiralah di mana2 pun.

Bila dah tak boleh landing xxxxx, kita dengar bunyi sayap masuk balik dan kapal rasa berpusing…kapal masih dalam bergoncang…..dalam keadaan rasa nak mati tu…..tiba-tiba mata tenguk luar nampak hitam, tenguk bawah nampak cam cahaya lampu, hubby  kata mungkin cahaya boat kat laut…..tanpa announcement kita rasa kapal cam nak landing tapi tak tahu kat mana sebab kita tenguk sayap dah turun balik dan tayar dah keluar…hubby kata mungkin kat xxxxx. Tak rasa cam nak turun cos kapal laju. Kita cakap dgn hubby ni nak landing tapi kapal laju sangat….betul pun kapal landing, cecah aja tayar belakang lepas tu tayar depan, terus captain tu tarik breek, immergency betul…sampaikan kita tertarik badan kedepan, kaki pun rasa breek sekali menahan badan dari kedepan, org terus tepuk tangan dan lampu pun terus buka terang benderang kat flight tu…bila announcement kata landing kat xxxx….syukurnya tak terkata…kesat airmata peluk anak …masa tulah baru perasan beg dah berterabur kat bawah…..masa 2 kali melabung tu hand beg kita pun melambung sekali…dah lah beg tu tak ada zip…..landing lat xxxx  jam 10.30 mlm…kita ‘bergoyang’ di udara selama 1 jam 15 minit….saat2 yg tak terkata dan reda jika apa2 berlaku……

1 jam 15 minit berlegar di udara, kapal bergoyang merempuh rebut, penumpang melambung, hanya dgn izin Allah aje semuanya selamat…. Jika tak, jadi world news Mxxx flight to xxxxx crash!!!

Captain kapal keluar dari kok pit berdiri sebelah pramugari  nak calm kan penumpang. Kita cakap dgn captain tu ‘good job captain’, hubby tak tercakap, tapi captain tu tepuk bahu hubby  dan kata ‘don’t worry you are save now!’

Airport black out. Kita terus ambil beg , teksi terus balik rumah. Sampai rumah hubby  bawa beg masuk, terus dia nak atas mandi dan terus solat. Kita dan anak mandi dan solat…terus tidur. Kat rumah kita tenguk muka hubby , hubby  tenguk muka kita tapi tak tercakap apa2 pun. Hati masih rasa tak percaya boleh selamat..trauma betul……

Selalunya bila sampai rumah lepas balik dari KL, hubby ambil kunci kereta start kereta, check rumah dulu….lama baru mandi dan solat…..tapi hari tu dia tak kisah pun “harta benda” kat rumah…terus mandi, solat, tidur……

Esok lepas antar anak sekolah…sambil siap2 nak gi kerja..baru ada kekuatan nak call kakak cerita apa yg berlaku…….
Kat tempat kerja ari isnin pagi tu…pun tak ada mood…masih trauma..tapi staff sorang tu cuti terpaksa juga kerja….if dia ada kita memang dah ambil immergency leave aje ari isnin tu…petang tu baru call abah dan cerita kat abah pulak……

Rupa-rupanya….kekawan kat office cerita…tiba-tiba angina kuat mlm tu dalam jam 9.00 malam…masa tu flight nak cuba landing xxxx . Satu xxxxx  black out. Banyak pokok tumbang, atap rumah terbang. Esok tenguk berita, rupanya xxxx lagi teruk kena ribut mlm tu….no wonder if kat bawah atas tanah kena ribut sampai pokok tumbang, rumah tercabut,,,bayangkan kita org yg kat udara masa ribut tu……  kelajuan ribut dlm 70kmsejam..ni serpihan rebut dari Philippine…..

Pengalaman ni membuatkan kita dapat rasa camana rasa nak mati…antara hidup dan mati….berjuang untuk hidup dan sampai satu ketika reda jika inilah cara kita mati….
Allah yg maha berkuasa…….cam abah kata dalam ramai2 yg berdoa atas flight tu ada doanya yg Allah kabulkan…..sebab masa landing tu aje cuaca cam clear…lepas kita sampai rumah jam 11.00 mlm…angina ribut kuat balik…

Syukur Allah masih panjangkan nyawa……..

No comments:

Post a Comment