salam,
ada berita terkini. akak baru tahu dari adik ipar akak yg akak nak dapat anak buah lagi. ni anak depa yg ke-tiga. bermakna abah akan ada cucu baru. tak sempat berbual panjang, dah berapa bulan, bile bersalihnye.
apa2 itu semua rezeki dari allah swt. kita kena sentiasa bersyukur. untuk akan entah bila lahhh.
rezeki ni jika allah swt nak beri, diberinye pada kita hambanye yg tak disangka2 tapi jika dia nak tariknye, pun kita sebagai hambanye tak boleh halang.
bersyukurlah pada mana2 wanita di luar sana yg bakal jadi ibu, yg dah ada anak, bahawa rezeki yg di berikan olehNYA hendaklah di terima sebagai amanah kerana kita akan di pertanggungjawabkan atas apa2 yg kit lakukan di bumi ini.
tapi, entahlah, tadi jalan2 kat bawah, lepas makan lunch, masa jalan, akak terjumpa ramai ibu2 yg mengandung.sambil2 tu akak jeling2 juga perut depa. dalam hati kata bahagianye mereka2 ni yg dianugerahkan rezeki anak. ada di antara mereka yg berbangga cos boleh mengandung dan ramai anak, so mulut jadi jahat pada wanita2 yg dah lama kahwin tapi tak dapat2 anak aka tak mengandung2 lagi.
sebenarnye, pada akak, wanita yg tak diberikan allah rezeki mengandung tu lah wanita yg dikagumi sebenarnye. mereka manusia yg terpilih oleh allah swt utk menerima ujian dari NYA. bahasan pahla menanti mereka jika mereka menerima ujian ini dengan redha dan sabar. tak semua boleh menerima ujian hebat ini. dikatakan hari2 kena umpat rakan, saudara-mara. rasa rendah diri begitu tinggi dlam diri mereka. itu belum lagi mulut mak mertua. ada yg disuruhnya anaknye [yg lelaki lee] kahwin lain. dikatakan menantu perempuan tu mandul. kesiah mereka. hebat sunggu dugaan hidup berumahtangga mereka. if dapat suami yg baik, alhamdulillah. sama2 menyokong antara satu sama lain. tak kisahpun ada anak ke tak ada ke. siap ckap lagi, "tak apalah, nanti kat akhirat allah akan beri anak kat kita. allah swt takkan sia-siakan hidup kita samada muda atau tua, suah atau senang, sihat atau sakit. allah swt dah jadikan kita cam ni, mesti banyak hikmah yang tersembunyi"
bahagianye isteri yg dapat suami begini!.
kesimpulannye, hidup ni hanya sementara. akhirat adalah yg kekal abadi. ada ayat al-quran yg kata "anak2 dan harta benda ni adalah perhiasan dunia sahaja". dah dikatakan "perhiasa" tu, faham2 ajelah. sendiri mahu ingat. kubur lain-lain.
wasalam.
No comments:
Post a Comment